Blogger templates

Emak borek, anak rintik

Ye. Kemana lagi kuah nak tumpah, kalau tidak ke nasik kan?.

Gitu lah kekdahnya menjadi anak seorang pembuat kek. Acewah. Lately kakak sokmo nak join kalau aku dah start pegang mixer. Dok seret kerusi kecil dia tu sekali letak sebelah aku. Sepanjang-panjang masa mixer tu berjalan, selama itu jugalah dia setia memerhati. Dok jengket-jengket atas kerusi. 

So sweet of you lah, sayang!.

Kadang kadang kita tengah tunggu gula dan mentega kembang, dia sibuk sebut suruh masuk telur. Mummy yoo..yoo. Haha. Last week, masa aku tengah mengemas kotak-kotak rolled fondant dengan tools yang bersepah-sepah, kakak pun mengendeng nak buat sama. So aku kasi dia penggelek mini dan baki fondant masa buat untuk kek kahwin adik dulu. So jadiklah macam ni, seorang budak perempuan dengan senyum kelat pegang rolling pin dan fondant. ^__^

Amboi jari-jari dia. Gebunya. lalalalaa

Sebab itu lah, aku prefer menjalankan aktiviti bakar bakar ni selepas kakak ketiduran. Unless adhoc order yang mendesak. Kalau tidak, aku memang tak boleh buat kerja. Kita pegang sudu, dia minta sudip. Kita pegang pinggan, dia minta mangkuk. Kita cuci tangan, dia mandi sekali dalam sinki tu. Aduhai, lelah mak!.

8 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

da beso sok hobi sama anak beranak ekekeke

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

Oklah tu.ada pewaris buat kek nanti

antalya said... Reply To This Comment

mandi sekali dlm sinki??? hahahahaha

nanonano said... Reply To This Comment

Mane aci mu ade anak pempuan, tp same lah weh, aku lg tenang buat kek subuh2 hr time budak tu tido aman sket, klu x mixer tu mmg dia nk tlg on n off kan, pastu bila dh siap dia la tukang jilat2 kt pemutar mixer tu, geram je, hadoihh

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna

hahaha
bagus jugak tu kan
esok2 kalau aku malas nk buat kek
aku pass je tempahan ke kakak
^__^

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@~daRLee ZuRiS~
betullah tu dear. ada jugak pewaris utk buat kek nanti.
^__^

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya
hahaha
jangan tak percaya mek
aku nak cuci tangan pun dia sibuk nak duduk atas sinki
lepas tu buka tutp pili air tu sampai basah kuyup badan
geram je weh!

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano
ahahaaa aci tak aci
dah rezeki aku dpt anak perempuan kan
kekeke
mu pass la bakat ke mika
mana taw sok2 jadi chef ke kan
sejukkkkkkkkk perot mu gandung mek!
^________^

Post a Comment