Blogger templates

Humaira Is T.W.O!

 Bercerita tentang birthday cake, memang serta merta akan meluap-luap perasaan excited. Bukan excited nak buat cake, tapi excited nak buat decoration. Main dengan fondant dan figurines. Walaupun aku masih cetek ilmu deco-deco ni, tapi at least ada basic sikit-sikit berkat belajar dari sifu kek aku dekat Johor sana. Oh, betapa rasa TIDAK RUGI aku ambil cuti tanpa gaji 4 bulan dulu. HAHAHA.

Bila tengok gambar kek yang mengancam jiwa raga, khasnya dari belog Gula dan Mentega, Lea Oven dll sifu baking, memang boleh meleleh air liur beb. Bukan meleleh sebab nak makan, tapi sebab terkedu dengan hasil kreativiti mereka. Dari dua tangan manusia boleh hasilkan makanan yang pelbagai rupa. Acewah. Macam quote Mat Gebu pulak. ^___^

Tapi bukan mudah nak main dengan fondant ni. Unless kau beli yang ready made, dah siap kaler-kaler bagai tu. Yang tu tinggal roll aje lah. Kalau beli/buat sendiri for sure akan jadi wana putih. Masa kau nak mewarna tu lah yang mencabar. Dengan nak warna, nak menguli lagi. 

Ops. Bukan macam uli tepung ya. Ini uli gula. Lekit dan sedikit keras. Patutlah aku pernah baca ada baker yang bercuti membakar berbulan-bulan sebab masalah pergelangan tangan. Akibat terlalu banyak main fondant. Agagaga.

OK aku dah banyak mengarut. Nak tunjuk ni aje sebenarnya.


Happy 2nd Birthday, Nurhania Humaira!


 


Ini order dari blogger mommy, Ita. Untuk anakanda terchenta, Humaira. 2nd Birthday, Angry Bird theme. Wording tu hampir 5 kali jugak lah aku tukar. Sebab tak puas hati dengan design alphabet yang aku ada, plus warna fondant sebelum ni yang jadi blur bila kering. Phewwww. 

Btw Happy 2nd Birthday, Humaira!. AnT harap awak suka cake itu ye. :)

3 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

weh!! boley plak updet blog, aku tercari2 kt sana xde plak,
lempang kang!!!
nway nk bgtau mu, aku dah ade semua brg, ewahh
xsbr nk ngetest gak ni,
cume sdikit takot la bc ayat2 mu tu,
cisss!!

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano
wahhhhhhhhhhhhhh
oven besar in the house!
suka suka suka

btw sila cuba okey
mula2 je payah sket
kalau selalu, x rasa la susah
alah bisa tegal biasa org kata
hahaha

mek, up sket ah gambo semua yang mu sebat dr kedai tu
wuwuwuwu

sharEna said... Reply To This Comment

kalo aku gulung fondant tu kompem x jadi muke angry bird. jd muka sour bird wakakakaka

mabeles beb. keep it up! =)

Post a Comment