Blogger templates

Bum-Bum Island

Bum Bum Island. Tak nak kalah, nak letak island juga feeling feeling ore putih gitew.

Hahaha.

Aku bet mesti tak semua orang tahu pasal pulau ni. Kalau ada yang tahu pun, sure mereka mereka adalah kaki diving. Ok, pulau ni bukan lah tempat untuk scuba diving pun, cuma pekan berdekatan pulau ini antara pit stop untuk sampai ke pulau pulau cantik dekat Sabah. To be exact, ini pulau tempat kelahiran cik suami. Hoyeh!.




Aku tak sure sama ada aku pernah ceritakan apa-apa berkenaan pulau ini dalam belog aku. Cuma lately aku rasa macam rindu pulak. Haha. Mana tidaknya weyh, dah lebih setahun aku tak balik sana. Diorang je yang mai sini. Baik punya menantu kan?. Tapi bukan salah aku pun, husband yang sokmo takde masa nak balik. ^__^



Secara jujurnya, nak balik kampung husband ni kena ada ketahanan fizikal dan mental yg kuat. Ahaha. Yelah, semua jenis pengangkutan kau rasa dalam 1 masa, baik udara - darat - air. Walaupun nampak macam, aduyai letihnya tapi to be honest, excited sangat bila nak balik sana. Excited nak rasa angin laut menampar muka bila naik bot, walaupun dalam hati tak putus putus doa agar selamat sampai jeti sebab bot dia takde sediakan life jacket. Agaknya sebab depa semua memang terer swimming, kot?. 





Sebab itu, kadang kadang bila time cuaca tak berapa nak best, ataupun time bawa Alia, kitorang akan chatered 1 bot sendiri. Ala, tak mahal pun, belas-belas ringgit je untuk perjalanan 15 minit. Life jacket tetap tak ada, cuma bila sikit orang dalam bot takdelah rasa macam bot tu nak karam ditengah lautan kan. Haha. Oh!. Jetty atas ni adalah jetty menuju ke rumah mertua aku. Auwww rindu betullah.




Certain area, air laut dia memang bersih jernih dan boleh nampak segala ikan ikan yang berenang dalam air. Area dekat jetty tu sometimes ada je budak budak yang tangkap ikan pakai plastik. Ikan makan ye bukan ikan hiasan. Depa memancing kat sana takde pun pakai pancing mahal ribu ribu. Pakai tin susu, lekat tali tangsi cucuk umpan, wallah! kejap je ikan mengena. Nasib baik aku bukan kaki pancing, kalau tak dengan aku sekali bersidai tepi jalan sambil tunggu ikan makan umpan.




Dekat pulau kebanyakan rumah adalah di atas air. Kalau boleh imagine macam Sepang Gold Coast tu ha. HAHA. Bila surut nampak lah segala pemandangan yang tak berapa nak enak. Kehkehkeh. Jangan tanya aku macam mana diorang mandi, atau melepaskan hajat kecil dan besar. Sebab rumah mertua aku atas tanah, bukan atas air. :)

Pesen rumah pun besar besar dan tinggi tinggi. Macam rumah kampung lama. Apa motif aku tak tahu. Maybe nak elak dari masuk anjing, sebab dekat pulau memang bersepah sepah anjing. Yang pelik, takde pulak dia nak menggigit orang. Bila tengok sekali imbas memang macam binatang peliharaan.




Kalau korang ada rezeki lebih nak ke Sabah, atau nak diving kat Mabul, or Sipadan etc etc, this is the pit stop. Tido semalam dekat Dragon Inn Floating kalau nak merasa macam mana duduk rumah atas air. Kalau tak nak, boleh try Seafest Hotel. Jangan lupakan seafood kalau sampai sini. Harga super murah aku boleh jamin. Pasal selalu je aku pergi pasar beli ikan warna warni dengan harga 5 ringgit se-ikat (okey, ikan warna warni sampai aku tak lalu nak makan). Haha, jangan ingat sayur je pakai ikat-ikat. :)

Ok. Aku makin rindu. Mak, tunggu kami balik raya ni ye!.

13 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

tetibe rasa nak ikot ko balik raya ann hehehe...

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna HAHAHA. Takde kerja kau nak ikut aku balik raya?. Kofkofkof. Next time babe. Kau ada masa dtg Sabah lagi kita pegi dive. Make sure masa tu perut takde isi la. ^__^

nanonano said... Reply To This Comment

tringin nk g sabah weh
nanti balik ajak aku skali yep :p

ღnFashyaღ said... Reply To This Comment

wah, suami orang pulau eh. Syoknya, balik kampung macam pegi holiday gitu... Somi kite mesti suka gitu... eh tetibe lak cakap suami suka...yelah, dia hantu air... :P

antalya said... Reply To This Comment

wow bestnya ann. bertuah dpt laki yg ada kampong camni. adventure tp berbaloi dgn kecantikan pulau tu. jom kekawan kita plan holiday reramai ke sini nak

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano Aku ON je babe. Masalahnya ko tu, takkan nak berjalan jauh tinggal suami pulak. Kofkofkof.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@ღnFashyaღ Ajak pergi diving kat pulau2 cantik sure suami suka Fashya. Umah MIL ni pit stop je, x comei sangat mcm pulau2 peranginan dia. :)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya Kadang2 rasa takut jugak Yun, tp mostly rasa best la sbb pengalaman tu priceless. :))

munn said... Reply To This Comment

jgn meraung gajah lak raye nnt kak xdpat mkan lontong muahahahah

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@munn Cehhhh dik munn. bukan nak bagi kata kata semangat. lagi bg ahkak down taw. menci!.


psst psst
takpe, lontong buat sendiri
akak dah terer masak ape
kofkofkof

munn said... Reply To This Comment

hahahah ampunnnnn ;p

**perghh boleh laa terjah umah ghayoo nnt hehhe**

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@munn dik munn. rumah ahkak tutup 2 minggu. ^_____^

sweethOneY said... Reply To This Comment

Bestnya Ann !!!

Tahun ni balik kampung ye :)

Post a Comment