Blogger templates

Weekend Gateway. PD setelah setahun.

Gateway lah sangat kan. Padahal ke PD je pun. Kofkofkof.

Pada saat semua orang, iaitu warga belia khasnya bersesak-sesak masuk ke Putrajaya, kami yang juga belia ni berpusu-pusu melarikan diri keluar dari Putrajaya. Tak sanggup weyh menanggung hazab jem dan sesak sampai nak balik rumah sendiri pun tak jumpa jalan. Tsk tsk.

Kebetulan ada family day office husband. Memang dah jatuh hukum wajibul ghunnah untuk pergi. Tempat tido disediakan tapi sebab kononnya kawasan hotel tu a bit scary maka kesana-sini lah kitorang mencari hotel. Bajet boleh walk-in saja. Tapi mahapla ye dik, sebab cuti skolah maka semua hotel adalah fully book. Nanges tersedu sedu sebab bilik dekat hotel pujaan, Avillion itu cuma tinggal executive suite berharga RM950 semalam. Dengar je terus keluar airmata darah. Keh keh keh.




End up, dapat bilik di Bayu Beach. Jadilah walaupun tak glemer. Haha. Yang penting pasir pantai ada sikit putih dari pasir hotel yang disediakan. Takde lah telan air liur aku tengok orang mandi pantai yang sama jadi tempat saluran air kumbahan. Euwww.

Last aku jejak PD is masa usia Alia 6 bulan. Sekarang dia sudah 2 tahun 4 bulan. Setahun lebih dah, patut pun aku carik kedai jual jeruk tepi jalan tu dah tak ada. Dah kena roboh dgn Dewan Bandaraya agaknya. ^__^


 


My name is Kaiyisah. Ye, aku edit kasik nama tu besar sikit. Kofkofkof. Btw baju ni ramai yang puji. Cuma dah ketat dekat perut. Tang leher tu memang dah lama ketat tapi aku paksa jugak kasi masuk. Haha. Masa ni orang tengah sibuk telematch, Alia sibuk nak bola bola bola. Kita kasi bole takraw tak nak pulak dia. Rekues dah bola sepak. Adoi, ni kerja ayah dia la ni, kasi salah didikan. T__T




Pada aku, hotel ni biasa-biasa aje. Walaupun biasa, lebih baik dari Seri M yang kebanyakan cadarnya berbau agak kepam *ok, ni based on my experince*. Bilik besar, ada 1 queen size bed & 1 single bed, sofa, mini fridge, bath tub dan balcony. Balcony besar dan menghadap pantai. Malam tu hujan lebat angin dan ombak kuat sangat boleh dengar dari dalam bilik walaupun sliding door ditutup. Phewww serius tak boleh tidur sbb takut tsunami melanda. ^__^



 Anak manja ai ni memang terbukti takut kepada air pantai. Huhu. Banyak kali percubaan bawak dia jejak pantai sure berakhir dengan teriak dan tangisan macam kena dera. Main pasir okey lagi. Tu pun ambik masa lama nak kasi dia berpijak di bumi yg nyata. Kalau tidak, gitu je lah kedudukannya. Kalau ayah dia letak dalam keadaan duduk, duduk ajelah dia. Kalau berdiri, berdiri ajelah. Sampai kesian aku tengok tak gerak2. Haha.




Tapiiiiiiiii, cuba kau bagi dia hadap swimming pool, sampai sudah tak nak balik weyh. Itu belum tengok gaya renang bebas dan terjun tiruk dia tu. Boleh gugur jantung aku sebagai emak. Nasib baiklah ayah dia memang terror bab renang-renang ni. Ate, nama pun anak pulau kan. Agagaga. 

Ye, bila Alia dengan ayahnya dah masuk kids pool, maka budak-budak lain pun memang takkan masuk sama punya. Haha. Aku tak sure sama ada takut atau pun diorang rasa pool tu dah x muat. Kofkofkof. Gambar bawah ni salah satu aksi terjun tiruk Alia yang menjadi favourite aku ketika ini. ^__^


Okey dokie. Tu aje cerita percutian 2 hari 1 malam kitorang. Cukuplah setakat nak meredakan keghairahan aku untuk berjalan cuti-cuti Malaysia. Memandangkan sekarang ni kerja adalah bertimbun timbun dan ayahnya dah susahhhhhhhhhhhh dapat cuti, percutian pendek gini pun lebih dari mencukupi *yelah tu kan*. Harapnya lepas ni dapat cuti panjang nak redeem 2 voucher free tu. ^___^



Last but not least. Gambar gedik emak dengan anak yang baru pandai buat sign "good". Haha. Aku mintak maaf pada sesiapa yang ada dress design yang sama ini. Al maklumlah, bila dah shopping dekat tempat yang sama kan, kebarangkalian nak dapat baju sama tu adalah tinggi. Kalau nasib extra baik, dapat pulak sama kaler. Redha aje lah ye. Kofkofkof.

10 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

awat mu nmpak makin menulang wehh???
sedihhh aku tgk,
kakak tu bru ptg rmbut kt depan ke???

nway nk tanye, bibik cmpak mane?
ke dia g lepak kt himpunan sejuta belia tu? kehkeh

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonanohah mu, asal nampak gambar aku je sokmo up pasal benda yg sama. boring ah. :(

yup. rambut depan aku potong. x sanggup la tgk rambut cucuk cucuk mata dia. tak baru jugak, dah 2-3 minggu lepas. :)

bibik tinggal rumah. boleh rehat rehat katanya. and betul tekaan kau. sempat dia terjah Jom Heboh n tangkap gambo dgn Tomok. Aku balik rumah belum sempat cuci kaki dia dah up cerita dia bergambar dgn Tomok. Kofkofkof sabokan ajelah.

Maria Rajab said... Reply To This Comment

kurussnyaaa.....

sharEna said... Reply To This Comment

geram je rasa nk transfer lemak kt bdn aku kt ko hahaha...

amboi bibik..gambo dgn tomok lagi yer hahaha

makin besar kakak. eyh tahun lepas aku ddk bayu beach resort jugak. holiday ngn family in law =P okay je situ

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Maria Rajab Maria, yang nampak je kurus dear. yang tersembunyi tu tak nampak lagi. hahaaaa.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna Ena, aku takmo lemak. aku nak pure daging. kasi tepek dekat lengan je sbb bahagian lain dah penuh dgn lemak. :P

Yup. Bibik + Tomok. Sila percaya. :P

antalya said... Reply To This Comment

hah??? bibik suka tomok?? kakakaka. ehmmm family day hubby tu wat kt hotel mana? eh tetiba je terasa mcm nk try booking permaisuri wat ala2 wiken getaway gak. siyes lama giler dh tak holiday

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya Iye Yun. Sila percaya. Ekekeke.

Hari tu ada jugak usha Permaisuri Resort, tapi semua hotel yg within budget dah fully book. Lagipun time kitorang pergi tu dah start cuti sekolah.

Family day husband buat dekat Greysand, mmg hotel diorang Yun. Jalan dia malam2 scary. Bilik dia tak tau la. Haha

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

Semua orang holiday PD ni. Aku pun macam nak jugaklah holiday kat PD. Hahaha

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@NURUL JAMIAN Hahaha. Aku pergi PD sebab itu je yg dekat. Lagipun ada family day so sekali harung. Nak pergi jauh2 belum ada waktu yg cukup. Nak cuti asik kena reject je. :|

Post a Comment