Blogger templates

Nasi goreng kicap mummy..



Ini nasi goreng kicap. Mummy buat untuk bekalan saya pergi tadika.

Kesian mummy. Pagi-pagi sebelum Subuh dah bangun. Gorengkan nasi untuk saya. Sebab dua hari pertama saya dekat tadika, teacher sediakan sarapan yang ringan aje. Roti canai, roti mentega, biskut, kuih. Isk..isk..mana lah cukup makan itu saja untuk perut besar saya ni.

So teacher sms mummy. Mula hari ketiga mummy sediakan bekal untuk saya. Sweet sangat, kan?

Hari pertama, mummy masakkan nasi goreng butter dengan telur dadar. Bukan nasi goreng planta okey!. Mummy pakai butter anchor yang selalu dia pakai untuk buat cake. Hehe sorry mummy, kurang sudah butter mahal mummy untuk buat nasi goreng saya. Baunya sangat wangi.

Hari kedua, mummy bekalkan dengan nasi putih dan sup ayam. Wahhhh, saya memang penggemar sup yang tegar. Mummy letak isi ayam hancur dalam sup saya. Saya tahu kenapa mummy buat macam tu, sebab saya tak makan kalau dalam sup ada ayam besar besar. Kalau dah hancur mestilah saya makan sekali dengan sup. Menjadilah taktik mummy. Sayang dia!.

Hari ini, mummy gorengkan nasi, dengan kicap. Ada ayam hancur, udang hancur, sayur pun potong nipis nipis. Eleh, mummy bajet saya tak nampak lettuw. Saya dah siap asingkan lagi sebelum makan tadi. Hehehe.

Selalunya, bila balik dari tadika, mummy akan tanya, pagi tadi Alia makan nasi breakfast dengan siapa. Saya selalu jawab, dengan Ifan, dengan kakak, dengan Ifan, dengan abang, dengan teacher. Lepas tu dengan Ifan lagi, lagi dan lagi.

Siapa Ifan?. Heheheeee..

Jangan marah mummy ya. Sayangggggg mummy!.

-Alia Kaiyisah-

6 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

pandainya kakak menulis. maklom la da masok tadika ekekeke

Maria Rajab said... Reply To This Comment

comel

Hanani said... Reply To This Comment

sedap je tgk nasi goreng kicap mummy masak

antalya said... Reply To This Comment

amboi amboi amboi kecik2 dh ada boipren eh. irfan tu ensem tak

yaya+frdz+auf said... Reply To This Comment

fuhh...apesal korang ni rajin2 belaka ni. hehehe. siap ada bekas comel2 je.

MamaIcha said... Reply To This Comment

amboi!!! bf ker cayang oi??? hehehe!!!

Post a Comment