Blogger templates

The BIG 3-O treats!

Sampai leni tak mahu sebut tiga-puluh-an.
Tak sedar diri betul.
Haha.

Hari ke-sebelas usia memasuki 3-series. Kehidupan masih sama, cuma perasaan tu ada lain macam sikit. Lately banyak perkara yang merunsingkan jiwa. Bukanlah masalah besar pun. Biasalah, resmi orang dah berusia kan, perkara kecik pun semua jadi besar. Kehkehkeh.

"Selamat Hari Lahir ke 30 dengan iringan Nisfu Syaaban. Mudah-mudahan bertambah kuat iman"

Terima kasih emak. Sanggup call malam-malam nak wish walaupun si anak tak jawab sebab dah lena dalam dengkuran. :)

"Selamat Hari Lahir yang!"

Terima kasih husband. Walaupun ucapan ittew di-sms-kan selepas aku tanya dia "tak wish birthday ke?". Sob sobbbbs. Serius sedih kau!.

Maklumlah aku kan dah 30-an. Sokmo nak sentap. Hahaha.

Tak ada celebration besar-besaran. Dah tua, malu nak celebrate pertambahan usia sedangkan yang dikendong dalam bekas amalan ni tak seberapa banyaknya. Thanks pada husband sekali lagi, walaupun dia terlupa birthdate aku, tapi lepas tu dia pandai cover baik punya dengan membelanja the whole family makan besar di Restoran Mohd Chan yang famous ittew. Kofkofkof.

So far, menu semua tiptop dan kena dengan tekak. Sup sirip yu, stim garoupa, ketam masak telur masin, butter prawn, sizzling tofu semua licinnnnnn. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki you, ye sayam!.

Last week, husband treat family kecil kami ke Morib Gold Coast. Tapi ada cerita sedih. Check-in pukul 7 malam, check-out pukul 12.30 malam. Huhu. Totally bukan rezeki Alia nak main those slides dekat theme park tu. Next time, kita datang lagi ye nak. 

So overall, tak kurang juga celebration utk 30-year ini walaupun bukan secara besar besaran, Alhamdulillah masih dikelilingi keluarga yang tak pernah kurang kasih sayangnya. I am totally blessed by all this. 

Thank you husband. Nanti birthday you next month kita celebrate dekat floating chalet Semporna occay!. Makan seafood sampai lebam. Yeay!.

Insya-ALLAH
^___^

8 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

hehehe...ko dh tua drp aku skrg..aku lg bbrp bln je lg...x sabar hehehe

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna haha. sabar..sabar..tak lama lagi turn kau pulak ye mek. :)

nanonano said... Reply To This Comment

mane lg gmbor weh??

Hanani said... Reply To This Comment

jangan risau, bila dah 3 series semua sama je..macam nani gak..bulan ni masuk 31 thn..huhu..

deena awanis said... Reply To This Comment

nape ann check out 12.30 malam tu?any issue?

antalya said... Reply To This Comment

tertanya2 gak apa citer sedih yg smpaikan kowang meng check out tetengah malam tu.xmoh share ngan ktowang ke. ehh yun dh 31 tau.I rilex je tak merasakan diri tua pong.tp part hubby lupa besday tu mmg sama la kiter huwaaaa

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano kau nak gambar apa mek?
gambar slides pergi google je ah
aku takde gambar
huahuahua

MamaIcha said... Reply To This Comment

happy belated birthday ann *hugs*

Post a Comment