Blogger templates

Persiapan raya # 1

Disclaimer : Tajuk entry copy bulat2 dari entry makcik Ena tuw. :P

Entry kali ni memang tak ada gambar dari koleksi peribadi. Langsung. Lately aku macam dilanda virus malas mengambil gambo kekdahnya. Malas betul nak mangangkat camera gabak tu. Aku rasa aku betul2 perlukan sebuah compact camera sekarang ini.

Compact camera yang dulu, colour merah ittew kan dah innalillah pasal dia kekenyangan ayaq liur Alia. Atee budak tu baru nak tumbuh gigi masa tu kan. Sokmo la menggigit sampai camera pun dia gigit sekali. Kahkah.

Btw, kehidupan kami di bulan Ramadhan ni so far so gooood. Berjaya melatih husband untuk tidak makan nasi waktu sahur dan berbuka, in alternate day. Kalau hari2 terus tak makan nasi, kering lah pakcik tu nampaknya. Kofkof. Oh, ini bukan nak mendera suami yerp, tapi sebab husband telah diarahkan oleh doc utk men-turun-kan berat badan sebanyak 20 kilos. ^__^

Kannnnnn. Aku dah kate laki aku bukan kurus mana. Yang kome tgk tu gambau zaman baru lepas dr training. Mmg kurus gila. Hehe.

Ok. Dah lari tajuk. Persiapan raya tahun ni was so so. Tak ada galak sangat macam kebiasannya. Galak part cari baju Alia je yang tak pernah sudah. Mostly baju semua aku borong online dekat geng blogger Onniey. Senang babe. Pilih, bayar dan tunggu barang sampai. Tak perlu nak bersesak dekat Sogo yang penuh orang dah macam semut hurung gula. Serius bikin aku pening.

Walaupun honestly aku lebih suka beli baju dan pilih depan mata. :)

Baju melayu hubster pun dah selamat siap semalam. Hantar tailor last week, this week dah siap. Curlass. Yang lagi curlass is tailor tu adalah MAT BANGLA. Kahkahkah. Punyalah dahsyat bangla sekarang. Tak main lah kerja konkrit panas2. Kanss.

Baju raya aku pun memang dah lama ada. Jubah ready made sehelai beli masa kat Bandung dulu. Tu je ah. Kalau nak tambah pun nanti, nak cari kurung ready made je. Eyeing satu kedai dekat Plaza Metro Kajang pasal dia jual baju kurung dua helai RM100. Murah. So nanti boleh terjah.

Tapikannnn. Memandangkan raya dekat kampung suami sehari je (w/pun cuti dua minggu) adalah tak perlu bawak baju kurung banyak2. Membazir luggage je. Erk. Tak percaya raya sehari je?. Takpe, nanti aku up satu entry kisah raya di perantauan occay!. Kita tgk siapa yang nangis bila baca nanti. Kahkahkah.

Langsir?. Aku tak buat pun langsir baru. Pasal tak raya kat sini so postpone lah langsir baru next year. Kofkof. So budget langsir kita boleh buat surprise birthday party husband dekat tepi pantai gittew. :P

Kuih raya memang wajib buat tahun ni. Pasal kuih raya aku memang semua orang cari bila balik ke pulau. Serius. Bukan sebab kuih aku sedap, tp sebab kuih aku memang lain dari yang lain. Kofkof. Itu aku up juga dalam entry kisah raya nanti. Serius kalau korang tak sebak mmg takde perasaan lah. Kahkah.

Oklah. Continue later. Bos aku mmg pantang nampak aku ketuk keyboard lain macam sikit.


2 busy bees:

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

best jugak baju raya jubah. ena pun tak silap aku baju raya dia jubah jugak kan. ni yang mula ada hati nak beli jubah jugak ni

sharEna said... Reply To This Comment

haha..pasal bos ko spt bos haku?nmpk aku menaip laju aje msti dia jeling bwhahahaa

seb baek rini aku pnye tajuk n3 no.# 2 hihi

Post a Comment