Blogger templates

Ramadhan. Dan kisah 5 jam di Gold Coast.

Salam Ramadhan semua!.
Memang baru berkelapangan update blog. Lately kerja bertimbun, kalau dibiarkan rasanya dengan aku sekali tertimbus bawah timbunan kertas kerja. Kofkofkof. Memang very sure kerja akan banyak sampai lah publication release, hujung bulan ini. Itupun kalau tak ada yang minta tangguh. .__.

Last week sambut puasa dengan parents & siblings di Johor. Auwww memang syok sangat. Sebab dapat makan masakan air tangan emak. Itu adalah terpaling best dalam dunia. Walaupun cuma masak tumis air saja. Hehe. And, sempat juga ajar buat pavlova. Wah mak, curlassss ah pagi raya hidang pavlova. :)

Pergi-balik  naik bas. Sebab hubster kerja on Saturday. Alia okey je. Excited lompat-lompat dalam bas. Mujur lah beli 2 seat, kalau tidak habis terhakis peha aku pergi balik meriba budak 14 kilo. ^__^



Oh. Berbalik pada kisah 5 jam di Gold Coast Morib. Ngehngehngeh. Sebenarnya that week Alia masih on-off demam. Tapi tak la tinggi temperature. Dah ready segala ubat makan & ubat punggung sekali. So Jumaat tu check-in lambat pasal aku tak dapat keluar awal dari pejabat. Dekat pukul 6 petang gerak dr Putrajaya dan sampai arnd 7pm.

Mula-mula ingat GCM ni satu area dengan Sepang Gold Coast. Tapi rupanya lasgi masukkkkkk ke dalam. Kalau datang siang memang okay je lah. Tapi kalau jalan malam memang scary gila. 

Actually malam tu lepas check in terus berendam dalam jacuzzi. Tak lama pun pasal Alia start merengek-rengek sambil pandang keliling dan peluk ketat lutut aku. Siap salinkan baju, kami turun dinner. Buffet spread was so-so. Lepas tu naik bilik, bg ubat punggung, layan TV kejap then lena. Husband tak ada sebab dia layan massage & buat bekam dekat lobby. 

Tiba-tiba Alia nangis. Dok pandang 2 bingkai gambar abstract colour merah & hitam yang tergantung dekat kepala katil. Terkebil kebil pandang sambil airmata meleleh-leleh dan cakap, mummy nak balik, mummy nak balik. Letak tangan kat dahi, panas!. Pelik pasal dah bg ubat punggung after 2 jam still tak kebah. Bagi ubat makan pulak. Sambung baring atas katil, bawah selimut tapi tangan tak lepas genggam jari mummy.


Tak lama lepas tu husband balik. Pujuk-pujuk Alia then dia tidur semula. Dengan kitorang sekali lelap. Arnd 11.30 terjaga and nangis lagi. Badan still panas. Husband call reception tanya kat mana klinik terdekat. Dia bilang 25km!. Terus husband bangun, kemas baju semua dan check out jam 12.30am. Sesat barat masa jalan balik tu takutnya Allah je yang tahu. 

Masuk kereta Alia terus lena dekat seat belakang. MasyaAllah. Aku pun tak tahu apa yang tak kena. Tapi husband pun dok kata dia tak sedap hati, pasal asyik dengar mcm bunyi orang main guli. Aikk..tu kan kes glamour dekat Putrajaya. Takkan mengikut sampai ke situ pulak kan?. Huhuhu.


Overall 5 jam dekat GCM memang tak memuaskan hati. Yelah, tak sempat terjah theme park. Tak puas berendam jacuzzi. Tak rasa buffet breakfast. Tapi redha ajelah walaupun rasa tak berbaloi dgn ringgit yang dibayar. Demi anak. Sampai rumah around 1.30am terus tidur lena sampai ke pagi.

Esok paginya bawa Alia ke klinik, start antibiotic and dia sihat sampai hari ni. Alhamdulillah. Dua hari lepas tu, masa tengah rehat-rehat dekat rumah, aku berbual dengan Alia.

Mummy : Alia, esok kita pergi tidur hotel semalam lagi, nak tak?
Alia : Tak nak mummy. Hotel tu ada MOK. (sambil angkat dua tangan serupa nak mencekik aku)
Mummy : ???

Jeng. Jeng. Jeng.

21 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

eeee...kakak nampak momok yerr hewhewww...

maybe sbb korang check in lewat sgt. so ada yg ngekor la tuww ntah dr mana masa sesat barat tu. klu siang2 maybe ok kot..

xpelah..da xde rezeki komen. cer lain kali lak. ker da fobia? hahaha

antalya said... Reply To This Comment

alamak tetiba je rasa mcm 50-50 nk pegi sana huhuuu.

nanonano said... Reply To This Comment

oihh. koroks.
naik bulu roma aku last2 entry ni
coi!!

Tengku Fauziana said... Reply To This Comment

alor..baru survey2 nk g lepas raya..sbb asyik baca blog orang cete sal gold cost ni..
mcm takut je lak ni...eeem, k sebab gerak lewat mlm..

Hanani said... Reply To This Comment

scarynya,sian kakak nampak momok...camnela rupanya..terus black list gold coast

deena awanis said... Reply To This Comment

aiyayiii..scary lah..betul ke nihh???erk...

Hany said... Reply To This Comment

haritu pegi ok. Faqihah alhamdulillah ok. mmg ada momok kot Ann, budak2 kan senang nampak ntah apa2 tu.. sian kat kakak. lepas ni gi hotel lain la & jgn lewat2 sgt. GCM tu area kg & agak hutan kit.. bahaya. kalo bandar ok ja. semoga kakak sihat.. nnt boleh raya

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

ramai kata gold coast tu tak best tak tahu lah betul ke tak? sbb aku mmg asal org banting so tak ada nafsu nak ke sana. p org kata taman tema air kat san bet

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna tak serik. Cuma rasanya tak pergi dah(kot). Thehehe..

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya Ehhhh, jgn sbb review aku ko taknak pergi babe. Try lah sekali. Theme park dia looks good. :)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano hahaha. penakut jugak mu ye mek?. :P

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Tengku Fauziana kitorang sampai pukul 7pm. so still tak lewat sangat la. cuma mungkin ada yg mengikut la kot pasal jalan senja-senja. :)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Hanani rupa momok?. janganla nampak. fengsan terus emak dia. hahaha

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@deena awanis cerita ni betul. cuma kesahihan cakap alia tu masih x dapat dipastikan lagi. :)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Hany Itulah babe. area dia tu agak scary kan. officemate pun dok kata budak2 kecik ni senang nampak2. sbb aku mcm x percaya. tp takkan dia dok menangis2 takde sebab kan?. hurmm..

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@NURUL JAMIAN hehe sekangkang kera je dr rumah mu nurul eh. :P

sweethOneY said... Reply To This Comment

Seram hoihhh hotel mahal tapi seram huhu takuttttt

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sweethOneY haha. seram beb. bilik xx13 bingkai gambar kat dinding abstract colour merah + hitam. ko rasa warna-warna tu kasi ko tenang ke?. kofkofkof.

Akm Lia said... Reply To This Comment

Saya pun melaluinya. Bunyi guli dan seret kerusi dan ketuk ketuk mcm ada org bertukang dari atas. Tapi yg peliknya, bilik kami di tingkat paling atas. Macam mana bunyi nya dari atas? Sedangkan tiada bilik pun di atas. Lama jugak bunyinya, sampai tak boleh tidur dari pukul 12 sampai subuh. Esoknya badan rasa sengal sengal macam demam.

nazeha said... Reply To This Comment

Sy trjaga pkl3 smpai la ke subuh tk dpt nk lena. Bunyi meriah kat luar.mcm parti. Bergendang.menjerit seronok sakan. Sehingga laa.tibe2 je terdengar gelak sinis suara perempuan.sayup2 lk tu.org ckp yg jauh tu la die dekat dgn kite.trus tarik selimut. Dgn bunyi tarik2 perabot...tk berani nk jenguk luar. Lama jgk bising kt luar.smpai 5 ke 5.30pg.klau fikir logik takkan la nk parti sampai waktu tu.huhu

nazeha said... Reply To This Comment

Sy trjaga pkl3 smpai la ke subuh tk dpt nk lena. Bunyi meriah kat luar.mcm parti. Bergendang.menjerit seronok sakan. Sehingga laa.tibe2 je terdengar gelak sinis suara perempuan.sayup2 lk tu.org ckp yg jauh tu la die dekat dgn kite.trus tarik selimut. Dgn bunyi tarik2 perabot...tk berani nk jenguk luar. Lama jgk bising kt luar.smpai 5 ke 5.30pg.klau fikir logik takkan la nk parti sampai waktu tu.huhu

Post a Comment