Blogger templates

Dua bulan.

Eh. Tiba-tiba dah dua bulan?. Kofkofsss.

Alhamdulillah. Dah dua bulan kakak starts school dekat tadika. Progress so far so good. Kecuali part selalu demam selesema payah nak baik. Normal lah tu kan bila anak duduk taska/tadika. So part ini hati aku dah keras sikit. Maybe pasal kakak pun dah besar. Kalau tidak sokmo menjejes airmata nak tinggal anak. 


Now masuk bulan ketiga. Kakak nampak happy tiap tiap hari nak pergi sekolah. Last time masa ayahanda-nya cuti goyang kaki 3 hari dekat rumah, kakak langsung tak nak tinggal dengan ayahnya. Nak jugak suruh ayahnya hantar pergi school. 

Ayahnya apa lagi. Malas lettuw nak jaga anak dekat rumah sorang sorang. 


Aku rasa sebab dia happy dekat school. Cikgu semua gaya macam emak-emak. Asik berdukung dan dipeluk saja.

Sejak masuk school memang banyak dah progress yang positif. Yelah, anak aku kan selama ini bbsitter yang jaga. Lepas tu duduk dengan maid pulak. Memang tak ada sangat progress yang boleh men-nganga-kan mulut kami berdua. Paling tidak bertambah chubby pasal kuat makan. Ok, itu pun progress juga kan. Huhu.

Lately macam-macam dah dia pandai. Doa makan pass. ABC dah pass walaupun sebutannya tak berapa clear especially nak bezakan huruf M, N dan O. Hari-hari pun nyanyi lagu "Satu-satu sayang sayang Allah". Alif, Baa, Taa sampai Dan (Dal). Asma'ul Husna dah ada bunyi. Surah Al-Fatihah pun sama.


Aku andaikan dia cepat hafal sebab every prayer time budak-budak besar (4years above) akan solat beramai-ramai dekat hall bawah dan baca surah dengan kuat secara berjemaah. Sebab itu sekarang ni asal bunyi azan je terus cakap, "mummy jom shoyat" walaupun aku baru pegang cawan nak teguk air untuk berbuka. Haha.

Paling terhangat sekali adalah, bila dia pandai nyanyi lagu Ombak Rindu.

"Tuhan toyon bubut-kan hati dia. Untuk mamaku sehadahanya. Tena ku tak mampu, hidup tam dia dicicicitu. Wuwuwuwwuuuuu".

Taubat mak nak!. Nangis Hafiz dengan Adira kalau dengar ni. Kahkahkah.


Secara jujurnya, aku macam berat hati nak pindahkan kakak ke school lain next year. Walaupun sebenarnya aku dah pun registerkan. Kalau ikut husband, dia memang nak kakak terus je kat school tu. Walaupun cikgu semua macam emak-emak, tapi emak-emak yang kadangkala pegang Al-Quran kecik atau tasbih dekat tangan setiap kali aku ambil kakak. Rasa lega. Rasa selamat.

Macam mana aku nk tahu itu adalah yg terbaik untuk kakak. How.

9 busy bees:

Hanani said... Reply To This Comment

macam dah big girl dah kakak time pakai telekung tu..

nanonano said... Reply To This Comment

hahah syukur dipermudahkan,
xde ah mummy dia srabut lg pasni mikirkan
tp xsrabut pun makin lama mkin kurus, gane tu?? :p

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Hanani la ni dah kuwus sikit. sebab asyik demam. :(

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano aku muskil acaner mu tahu aku makin kurus?. sedangkan sebenarnya aku makin berisi?. kofkofss. salah tekaan mu tu. haha

sharEna said... Reply To This Comment

takyah tukar skul la gtu.aku pon mcm x jd je anti skul lain.tggu jelah dia 4 taon masok taska islamik dkt rmh aku tuw hahahaha

sharEna said... Reply To This Comment

@Ann Ilias

ann tipu mekna.dia kurus je...lg kurus HAHAHAHA

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna ohhhh kau backing geng kacik mu tu yerp. aku dah berisi babe. serious. sila lah percaya. :|

antalya said... Reply To This Comment

alahai pandai dia nyanyi lagu tu pepanjang eh. sedap tak?? pitching ok ke tak

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

Alhamdulilah maknanya serasi kakak dgn school tu

Post a Comment