Blogger templates

Hadiah Aidilfitri paling berharga

Aidil Fitri ke 12. 

Suppose esok penerbangan pulang kami dari Tawau. Jam 3.15 petang. Dan suppose juga esok baru berkesempatan bersua dengan emak, abah & adik-adik. Begitulah perancangan kami.

Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Diberikan kami sedikit ujian, supaya kami terus merasakan kebergantungan kami kepada-Nya.  




Sebelum ini, bila aku baca kisah Naurah diserang febrile fit, aku rasa sangat sedih. Bahkan berkaca-kaca kelopak mata tunggu masa nak berderai airmata. Walaupun aku tak mampu nak bayang bagaimana keadaannya, aku tetap rasa pilu. Entah. Hati seorang ibu mungkin. 

Bila mana anak sendiri berada dalam keadaan itu, depan mata aku, sedangkan apa yang aku mampu buat hanyalah mengucap dan bacakan ayat-ayat Al-Quran, aku terasa sangat betapa kerdilnya aku. Di saat aku senang kadang-kadang aku lupa Dia, tapi disaat genting dan kesusahan betapa aku mengharap supaya doa aku dimakbulkan. Sungguh, waktu itu aku pasrah.

Pasrah jika sudah takdirnya jasa aku pada si anak berakhir. Pasrah.




Allah. Betapa Dia Maha Mengetahui sesungguhnya aku belum mampu menghadapi ujian sebesar itu. Mata si anak yang tadinya terus menerus terjegil ke atas, sedikit demi sedikit mampu memandang aku semula. Jari kaki dan tangan yang tadinya mengerekot, sudah mula melonggar. 

Tetap. Kami terus menerus membacakan ayat ayat Al-Quran. 

Alhamdulillah. Usaha kami, mertua dibantu emak abah adik-adik dan saudara mara selama lebih seminggu ini menampakkan hasil. Alia sudah mula membaik. Berkat doa kalian juga. Alhamdulillah.

Sesungguhnya inilah perjalanan paling panjang aku rasakan seumur hidup. Semoga Allah merahmati insan-insan baik yang membantu mempercepatkan urusan kami. Insya Allah.

Terima kasih Ya Allah. Atas hadiah ini. Semoga anak ini akan terus dirahmati dan diberi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Amin.

9 busy bees:

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

Semoga Alia tak diserang fit lagi. :(

lylieiqmal said... Reply To This Comment

takut nya saya. Moga anak2 saya sihat selalu.

Ann. Bertabah eh.Moga kakak akan sihat sentiasa lepas nie.

sharEna said... Reply To This Comment

meremang bulu roma aku baca n3 ko nie ann. mata pon sama berkaca. hanya org yg pernah melaluinya aje yg lebih memahami

get well soon kakak. anT sentiasa doakan kesejahteraan diri awk

*terimbas kenangan lama sobbbsss

moga sekali itulah yg pertama & terakhir.amin

Kak KiWi said... Reply To This Comment

Syukur alhamdulillah.. kakak dah kembali sihat.. semoga apa yang berlaku tidak berulang lagi.. Thanx Allah for giving her a chance.. dan semoga anak2 kita semua akan terus membesar dgn sihat lepas nie.. Amin.. :0

Hany said... Reply To This Comment

ehh mata haku pon ttiba dah mcm nak terkuarkan ayer suma2 kuku ni.. semoga kakak & anak2 kita semua sihat sejahtera

CaHaYa^KetEnaNGan said... Reply To This Comment

semoga Alia sihat kembali..

MamaIcha said... Reply To This Comment

moga Ann terus kuat utk Alia...get well soon sayang :(

p/s : icha pun tgh demam skrg nie...on and off...haih!!!

nanonano said... Reply To This Comment

ya Allah xtao pun weh kakak pun kena? :(
semoga aku dpt amek kekuatan mcm mu if ape2 trjadi kt mika lepas ni, mintak jauhkan dr anak2 kite, amen

antalya said... Reply To This Comment

Ann really sorry coz tak tau menahu apa2 pon. seriously ingatkan korang beraya sakan kt kg yur hubby sinun.
meremang bulu roma baca entry nih. Ya Allah takutnya

Post a Comment