Blogger templates

Another family trip cancelled.

Yeah. As usual. Masuk ni dah tiga trip bersama Air Asia terpaksa cancel. What to do. Kita hanya merancang, selebihnya Allah yang tentukan.

Bukan masalah cuti. Bukan masalah ayah kena kerja on weekends or what-so-ever. Tapi sebab kakak now baru nak baik dari measles (campak). One after another. Tak apa, ujian tu datang sebab Allah sayang kami semua. Sabar sabar sabar walaupun airmata dah kerkoyan koyan keluar.

Pelik. Entah apa aku nak sedih. Anak kena campak je pun. Huh!


Nampaknya penerbangan jam 11.30 pagi ini ke Padang, Indonesia akan berlepas tanpa kami bertiga. Tak apa, kalau dah tertulis itu kehendak-Nya. Tahun tahun akan datang kita cuba lagi. Mana tahu next time rezeki lebih kita terbang jauh sikit k. Ngenge.

Actually, nowadays, to be exact lepas kejadian kakak demam teruk tu, perangai dia ada lain sikit. Sekarang cepat sangat sentap dan suka kamok-kamok. Mengamuk baling barang siap pakej pukul aku dan ayahnya. Aku tak pelik kalau dia pukul ayahnya pasal diorang mmg selalu gaduh - means gaduh gaduh pukul pukul manja gitu. Ateee sampai aku sekali kena pukul, itu memang sudah jadi luar biasa.

Mak kata, itu kesan dia demam. Kadang nak baik makan bulan. Bukan kesan ubat, aku tak ingat apa dia punya words. 


Tapi layan kan ajelah. Bila mak nampak aku macam hilang sabar sikit, senang je ayat dia bagi. "Senang jaga anak sihat ke, anak sakit?". Terus aku hela nafas panjang. Mengucap banyak-banyak dan layan kakak semampu aku.

Agak-agak tak mampu, terus aku masuk bilik tido. Biar je dia dengan ayahnya. Lepas tu pandai pulak dia masuk bilik pujuk. Peluk. Mana tak cair hati emak. 


Oh ya. Gambar-gambar yang ada ni je lah kenangan balik kampung hari tu. Jadilah, walaupun tak sempat nak pakai baju raya. Bercerita pasal baju raya, sejak-sejak ni memang tak boleh kasi tunjuk baju-baju raya yang tak sempat dipakai tu. Konfem dia suruh kita pakaikan lengkap dengan tudung raya sekali. Haha. Kesian anak mami. Sabar sikit ye kakak. Raya AidilAdha nanti kita lenjan semua baju raya kamu. :)


Semoga Allah berikan kesembuhan pada kakak. Dan semoga Allah kurniakan sabar yang tinggi pada mami & ayah. 



10 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

xpe..think +ve..ada hikmahnya x pegi Padang tu...klu pegi maybe kena rob? kite pon xtau kan? so syukur ajelah atas apa pun =)

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

tak pe beb InsyaAllah ada rezeki nanti

oh kakak kena campak ke semoga cempat sembuh ye kakak

lylieiqmal said... Reply To This Comment

Allah nk bagi rezeki terbang lagi jauh kot Ann!.

Tabah je k, bila anak2 lepas sakit, memang perangai bertukar sikit, mungkin diorang nak lebih perhatian.

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

Takpelah...takde rezeki kali nie ek.kesihatan anak lagi penting kan...
Eh beb, AA ada promo g.free seat.fly next year lak ;)

evyn4ever said... Reply To This Comment

kakak..bila mau jumpa??

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna thanks. bukan apa babe, nanti ada je mulut2 longkang yg cakap bukan bukan. So better clarify awal2 kan. Huhu.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@NURUL JAMIAN Thanks anT. Now getting better Alhamdulillah.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@lylieiqmal Insya Allah Lylie. :)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@~daRLee ZuRiS~ Haha. Ni mcm nak kasi bako hati kita suruh beli tiket lg je. Keke ok Insya Allah kalau ada rezeki. :)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@evyn4ever Mek, hr tu nak pergi tp kondisi kakak mcm x mengizinkan sangat. Insya Allah kalau dah fully recover kita jumpa k! :)

Post a Comment