Blogger templates

D - I - E - T



Hew hew hewww.

Hofkoslah bukan akak yang diet kan. Cik suami sejak 3-4 hari ni lain macam sikit bila masuk bab makan. Sms sokmo berbunyi kearah nak diet-diet ni. Akak malas nak layankan. Pasal dia asyik ngelat kalau dah start diet. 

Tu sebab diet asik tak menjadi. 

Tapi kali ini macam beriya-iya benar. Siap beli bahan makanan sihat tuw. Jadi sebagai istei mithali konon akak pun berusaha lah menjadi seorang yang supportive. Iyelah, siapa lagi nak support suami kalau bukan isteri, khens?.

So beberapa hari yang lepas, bermulalah diet Atkins yang tak seberapa nak Atkins ittew. Makan benda rebus, grill, goreng sokmo. Eh, goreng pun pakai minyak Canola hokey!. Downgrade sikit ah dari olive oil. Mana tahan nak goreng tempe pakai olive oil. Haha. Eh, tempe boleh makan ke?.

Ok, to husband yang disayangi. Semoga menjadi diet U kali ini. No more ngelat curi-curi makan ye!. Selagi terdaya bangun pagi, I akan prepare telo rebus, sosej grill dengan taburan cheddar cheese, and sikit salad untuk U. Tak apa, biarpun terpaksa kentut busuk hari-hari, demi badan yang tegap dan sasa seperti EronAjis, I relakan.

Diet adalah termasuk weekend dan juga Hari Libur kita. Nanti di Penang kita nak makan Nasik Kandar Line Clear, satey berbagai haiwan, Pasemboq, Char Kuew Teow, Coconut Shake dan macam-macam lagi. Eh?.

^____^


6 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

amboi..atkins x hengat tu ekekeke..
sbb atkins la darah tinggi aku naik ritu..xkan kulupakan hukhukk..serik OK!
now kite diet puasa sunat ajelah..seminggu 2 kali...sokay la tu haha..dpt pahala sama =P

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna Puasa tetap puasa babe, diet pun kena on
itu bg suamiku la
sbb klu cuma puasa disiang hari, lepas tu buka bedal nasik 2 pinggan
takde makna lorh
ngehngehngeh

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

aku rasa laki ko macam kurus je ann? apa2 pun selamat berdiert. pergi penang tak mkan nasi kandar rugi. hik hik hik

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@NURUL JAMIAN Itu adalah di suatu ketika yang dulu mwehehehe
kalau kurus babe, takde lah sibuk2 nk kurus bagai haha

antalya said... Reply To This Comment

ckp la kt husband tu. hold dulu program diet. blk penang baru start

nanonano said... Reply To This Comment

hhahha meh sni gimme 5 ngn laki mu :p
ckp diet berkobar2
tp tipu la klu xde ngelat kdang2 tu
:p

Post a Comment