Blogger templates

The Chosen One

Alhamdulillah.

Ini bukan entry tentang nasyeed nyanyian Maher Zain yang handsome ittew. Ini tentang aku. Ini berkenaan nikmat kasih sayang yang diberikan oleh-Nya. Dimana, dalam puluhan isteri-isteri yang berkeinginan untuk memperoleh zuriat, aku diberi peluang oleh-Nya untuk merasai nikmat itu. Sekali lagi.

Syukur.

Rasa syukur aku panjatkan melalui doa selepas solat. Walaupun hakikatnya, kali ini ia terjadi tanpa perancangan, namun aku dan suami menerima dengan hati terbuka. Sementelah kakak pun sudah hampir tiga tahun. Sudah cukup besar aku rasa untuk menerima seseorang sebagai kawan. 

Cuma kali ini agak pelik. Aku tidak terlalu excited untuk mengkhabarkan berita ini kepada dunia. Aku asyik dengan perkataan "tunggu dulu". Tidak sebagaimana aku semasa mendapat khabar gembira yang sama, dua tahun lalu.

Minggu ke minggu berlalu seperti kebiasaannya. Sickness datang tanpa henti. But it is  still bearable. Alhamdulillah. Until one fine Monday morning.

Sickness tiba-tiba menghilang. 

Being me, aku tadah tangan. Tanda syukur. Sebab aku rasakan mungkin hormon dah kembali ke asalnya. Oh, mudahnya pregnancy kali ini. Doa diteruskan dengan harapan agar anak yang bakal lahir ini menjadi seorang yang memudahkan urusan kami di dunia, dan juga akhirat. Insya Allah.

Petang hari yang sama. Ada bleeding. Terus rasa berdebar. Tapi aku disogok dengan kata-kata orang TUA. Bukan bermaksud parents, tapi orang-orang berusia aka EMAK-EMAK. "Some early pregnancy memang akan jd mcm tu". So, lega.

Bleeding still on. Everyday. Mengelakkan kerisauan yang berpanjangan, aku pergi klinik. Scan, doc tak nampak. Refer hospital untuk vaginal scan. Done. Doc said baby nampak tak cantik. Macam dah collapse. Allahuakbar. Sayu. "Tapi still awal lagi. Kita scan lagi dua minggu", kata doktor. Mungkin untuk kasi lega hati aku. 

Tak sampai setengah hari mendengar kata-kata doktor yang melegakan. Hati kembali risau.

Pendarahan makin kerap. Sakit perut semakin teruk. Enam puluh peratus boleh aku katakan macam contraction mahu bersalin. Cuma yang beza, tanpa perut yang besar. Cut the story short, aku kembali ke hospital. Dengan harapan besar bahawa segumpal darah itu akan kekal menjadi janin sempurna sehingga genap sembilan bulan untuk dilahirkan.

Tapi harapan aku tak kesampaian. 

Allah sudah rancang sesuatu yang lebih baik untuk kami. In sha Allah.

Petang Isnin, masuk OT untuk poses dnc. Alhamdulillah semuanya okey. Sehari selepas itu, boleh discharge dan terus balik Johor. Now sedang dalam healing process, akibat cucuk sana sini masa admit tempoh hari. Kakak Alia, as usual sangat baik layan mummy dia yang sakit. Sikit-sikit "boleh kakak tolong?". Hehe.

Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan dia mampu utk memikulnya. Setiap itu ada hikmahnya, dan kami perlu cari hikmah di sebalik setiap sesuatu. In sha Allah. Kami redha dengan ujian ini. Mungkin Allah tahu ujian bentuk begini saja yang mampu kami hadapi

Terima kasih untuk semua yang mendoakan. Jazakumullahu khairan. :)


:: Happy 3rd Birthday Kakak Alia! ::

11 busy bees:

mun said... Reply To This Comment

semoga ann sembuh seperti sediakala....mungkin belum rezeki lagi tue..setiap yang terjadi ader hikmahnya....
happy birthday to kakak alia

sharEna said... Reply To This Comment

take care my fren. i know u're strong =)

hepi 3rd year kakak!

nanonano said... Reply To This Comment

ohh sebaknya, :(

owhh hr ni bufday kakak yer?
happy 3rd bufday alia, insyaAllah anT doakan next year awk betul2 dpt tittle kakak tu, insyaAllah, amin ^_^

Hanani said... Reply To This Comment

be strong and take care Ann.
happy 3rd birthday kakak

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya,kan...
Insyaallah...ada rezeki di lain hari. Kembar terus ke kan... ;)

Oh yaa..selamat ulangtahun ke 3, kakak alia!

antalya said... Reply To This Comment

mana pulak hr ni besday alia. dia born 1.1.10 lah kan ann.
anyway be strong ye ann.insyaallah dh betul2 sembuh nanti bakal dpt perkabaran gembira lg.jaga pantang yer

Hany said... Reply To This Comment

aah kan bufday kakak alia 01.01.10 la...
to mummy Ann harap kamu rehat secukupnya.. doa kami semua setiasa bersama kamu..... take care beb..

MaR said... Reply To This Comment

sebak...
tabah ye ann...ade hikmah d sebaliknya....n take care ye :)

mamaellycollection said... Reply To This Comment

be strong Ann..ada hikmah disebaliknya.. rehat cukup2 ye..

elly

sweethOneY said... Reply To This Comment

Takziah Ann.. Semoga ada lagi rezeki lepas ni, Dia lebih tahu apa yang terbaik kan. *Hugs*

Kakak sweet sangat tau nak tolong mummy :) hehe

Maria Rajab said... Reply To This Comment

takziah ann..semoga cepat sihat..jaga diri ye

Post a Comment