Blogger templates

Big Bad Wolf 2012

Jualan buku yang ditunggu-tunggu every year. Mesti selok nak join the crowd, haha. Last year pergi dengan hubster dan si kecik tu. Agak payah nak memilih, and kalau aku x silap event masa tu bertempat di Maeps. So kecil, and rasa mcm semput nak cukup nafas.

This year, event di MIECC. Luas gila dan puas pusing walaupun kaki lenguh sampai tak larat nak jalan. 

Dan yang paling penting ada playland untuk budak-budak. Boleh lah emak-emak shopping buku dengan tenang while ayah teman anak pergi main. Bayar RM10/hour. Stocking RM1/pair. 


Tapi tidaklah tenang sangat bagi aku sebab pergi berdua saja dengan Alia. So gamble walaupun tak berapa tahu mana arah tempat ni. Dengan pengetahuan cetek tentang kedudukan The Mines, maka aku redah je lah berbekalkan semangat waja nak beli buku. Hakhak.

Seriously memang heaven lah korang. Heaven no satu as all know, buku-buku dia lah kan. Heaven no two sebab bawa Alia sekali. Fuhhhh jejak je hall dia dah sibuk tanya "mana buku kakak", "mana buku Pooh", "dekat mana buku Mickey Mouse". Hoho. Berpeluh mak nak mencari. Nasib baik bawa stroller. Sorong je sambil tangan dia capai buku tu, buku ni.


Some books that I bought for Alia. Semua hardcover books pasal tak mahu pisang berbuah dua kali. Haha. Last year punya books banyak yg dah tak proper, koyak sana-sini. So la ni mummy learnt a lesson. Ingat awok je pandai auta kakak?. Haha.

Buku dia beli yang murah-murah sajo. Range price from RM3 to RM8. Yang harga RM10 cuma sebuah je. Terpaksa beli sebab aku dah jatuh cinta with the colorful features. 

Dan, award untuk buku yang terpaling comel goes to... 


Tada!. 
Serious aku suka betul dengan buku ini. Walaupun dalam tu cuma cerita tentang seekor bunny. Kakak sokmo belai-belai telinga bunny, kadang kasi gosok dekat idom. Haha. 


And these for mummy. Ada buku yang aku dh tulis siap-siap dia punya title tapi tak dan nak cari. Buku Biskut Lebaran & Kek Mini tu saja aku beli sebab harga dia RM2 & RM3. Cannot resist. Both wisdom books tu juga berharga RM3. Self-help book how to be happy & all out in life - sebagai sumber inspirasi utk aku untuk terus rasa gembira walaupun tak selalu dapat apa yang dimahukan. Eheh!. Dan juga 2 buah novel berunsur ke-mummy-an - sebab ai kan mummy. Haha. 

Total damaged is only RM130 for 26/27 books. Sorry tak kira the exact quantity. So guys, kalau U all berkesempatan, pergi lah singgah MIECC beli buku. Seriously korang takkan menyesal. :)

10 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

sampai bile BBW nie weyh? dah la nk balik Johor nie...sempat lagi ntah tak nk pergi. aku dah ler hantu buku...buku2 agama takde ke?huhuhu

CaHaYa^KetEnaNGan said... Reply To This Comment

Kita sama..beli buku hard cover..termasuk isinya..belum masanya buku helaian kertas..dikoyaknya...

Nurul pg waktu mlm last saturday...heaven..rasanya kalau duit berkepuk bnyk yg nk grab..geram2 buku tebal2, hard cover harga 20-30 ringgit gitu..fuih heaven..

CaHaYa^KetEnaNGan said... Reply To This Comment

Ena, tak nmpk la buku agama ada ke tak..last ahad ni..minggu ni confirm ramai..maklum la gaji..

antalya said... Reply To This Comment

last friday jammed teruk area Mines. sbb semorang nk ke Big Bad Wolf nih. ok seriously I frust menonggeng. apesal lah dorang wat sale time haku dh pindah keje? if not, leh jalan kaki je drpd opis ke sana huwaaaa. cian Mya n Iskandar kempunan hardcover books

mamaellycollection said... Reply To This Comment

hihi mmg best utk yg minat buku kan..novel2 ada ke ann..elly kalau novel minat..buku2 lain..ermmmmmm susah sikit kot

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna Ena, sampai 23hb ni. Lupa nak letak dlm entry kan. Huhu. P lah babe. Tp kalau ko cr buku2 agama, mcm tak nampak lah babe.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@CaHaYa^KetEnaNGan True. Dulu takde experience. Nampak cantik semua beli. Now dah tahu taktik kena beli hardcover je semua.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya Aku pergi time office hour so tak sesak sangat. But still penuh juga orang sebab cuti sekolah kan..

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@mamaellycollection Elly, kita tak la minat membaca sangat pun. Tapi suka beli dan kumpul. Ada masa rajin dtg, baca lah. Kalau tidak terbiar juga. Sbb tu this year beli buku yg betul2 best je.

Maria Rajab said... Reply To This Comment

jeles wei..kalau dekat sure aku terjah dah ni..nak beli buku anak2 ni..murah gila

Post a Comment