Blogger templates

Ear Infection





Fine. Bila tengok gambar ni sure korang akan teringat kisah Alia admitted di Puteri Specialist, 4 months back. Serious kalau teringat balik, confirm 200% akan terkenang kembali kisah dia fit dulu. Allahuakbar.

Moga itulah kisah pertama dan terakhir kali. In sha Allah.

Semalam balik dari tadika, nampak muka macam sembab. Cranky sikit. Balik rumah check suhu 37.9c. Demam!. Aku rasa akibat dari ongoing runny nose dan batuk sejak seminggu lepas. Terus bagi ubat selesema dan batuk. Dan supp paracetamol sebab kat rumah takde stok ubat syrup.

Tak lama lepas tu, dia ngadu sakit telinga pulak. Hah, yang ni mmg terus buat hati aku berderau. Mmg aku paling takut kalau dia cakap telinga dia sakit. Sbb tu everytime dia demam soalan favourite aku is "telinga kakak sakit tak?". Itu je lah yang aku ulang-ulang.

So, pagi ni aku tetap hantar dia ke tadika. Sebab badan dah tak panas. Tinggal batuk & selesema. Cuma before masuk car dia dok pegang-pegang telinga dia. Huhu. Sampai office aku terus google pasal ear infection. Rupanya kalau too teruk boleh menyebabkan kehilangan pendengaran. Allahuakbar.

Lunch hour ni plan nak bawa ke klinik dulu. Get the ear drop or what-so-ever untuk relief pain. Sebab kalau sakit telinga tu keep going on boleh menyebabkan demam suhu tinggi. Bila suhu tinggi, boleh menyebabkan fit. Nauzubillah. 

Harap kakak sabar tunggu mummy tengahari ni. Harap kakak ok dan takmo jadi benda bukan-bukan. Satu yang aku berat hati bila terfikirkan hal tadika is, kerap sangat kakak sakit. Eh, bukan aku salahkan tadika 100%. Banyak sebab yang menyumbang.


1 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

amboihhhhh kemainnn header baru org tu
abis besor letak
bru nmpak ko mcm berisi skit, klu x...
hahahah

Post a Comment