Blogger templates

Cameron Highland -- after 5 years

After 5 years, baru terbuka pintu hati mahu ke sini lagi. Bersebab. Husband dan adik-adiknya belum pernah jejak kaki di tanah tinggi ini. Itu pun puas aku paksa sebab dia dah meninggalkan kita-orang almost one week outstation ke Penang. So ini masa untuk membalas dendam. HAHAHA.

Alia -- as usual -- mana pergi mesti sibuk nak beli belon

Perjalanan pergi-balik kami ikut Tapah. Masa pergi seriously best sebab excited. Bila balik ai olls is mabuk cuma tak ada pakej muntah sekali. Diorang siap boleh sebat makan durian tepi jalan area Lata Iskandar. Lepas tu pakat-pakat sendawa dalam kereta. Bau durian. Ciskek betul.

Pergi gamble je sebab laki ai olls mmg tak boleh nak dijangka kerjanya. So masa half way tu baru call Heritage tanya bilik. Fuh lega ada lagi kosong. Decide sampai atas nanti terus pergi dan bayar saja. Unfortunately bila sampai bilik sudah penuh. Nangis!.


Lepas tu entah kemana-mana husband drive cari hotel. Mmg dah fikir nak day trip je then tidur di Ipoh. At last terjumpa juga hotel area Tanah Rata. Bird's Nest Hotel. Baru sebulan lebih buka patut pun bilik masih cantik dan furniture bau kedai. Mihmihmih.



One thing yang tak seronok di Cameron Highland adalah makanan yang tak sedap dan mahal. Atau mungkin kami yang tak reti nak cari tempat makan best. Oh, at least rungutan aku ini adalah di area Tanah Rata. Mungkin sepatutnya kitorang stay di area Brinchang.

Tapi Brinchang adalah sesak. Semak orang macam semut hurung gula. 

Tak banyak pun tempat kita pergi. Satu sebab sesak. Dua sebab hujan. Yes, petang tu sampai ke pagi esoknya hujan kadang renyai kadang lebat. Tak syok nak jalan tapi syok duduk bilik bawah selimut. Haha.


Tempat wajib pergi adalah Ladang Teh dan Big Red Strawberry. Masa ni hujan lebat sangat tapi masih mampu makan Strawberry Sundae dan pancake. Killing the time omputeh kata. Nak balik tapi takut sebab jalan dia curam dan licin. So tunggu lah hujan berhenti sambil makan-makan dan kemhore. 

I olls sangat happy sebab sekarang si kecik ni dah pandai sangat berposim


Hujan stop lebih kurang half and hour later. Otw balik tu singgah pasar malam Brinchang tapau for dinner. Nasi ayam for kakak, udang goreng and mushroom goreng for ayah & mummy. Ingatkan cukup rupanya tidak. Haha. Then ayah kena turun bawah tapau fried rice dan nasi goreng pattaya for us. Malam kekenyangan dan tidur dengan lena. 

Tokey jagung kira berapa banyak rugi sebab hujan non-stop

Esoknya, check out at 10am sebab nak elak jam. Singgah makan durian and isi perut di Lata Iskandar sebelum teruskan perjalanan pulang. Alhamdulillah safely arrived home at 3pm lepas tu semuanya tergolek atas tilam. 

Awesome trip walaupun sedikit perit akibatnya. Sampai sekarang sakit kepala. Apa-pun thanks hubster. Cant wait for next trip on March. In sha Allah. ♥ 


10 busy bees:

Hanani said... Reply To This Comment

wah, pantas dan tuntas ye update kat blog..nani tak sempat lagi...tp nani makan murah2 lak N..kat brinchangla..heheboleh tak terserempak lak kat sana ye..nani pun gi pasar malam yg besar tu

nanonano said... Reply To This Comment

pot wajib terjah, big red strwberry tu kan,,
semua ade sane, xyah nk menyinggah mane2 dah..

wehh..beli mane suor ijau tu, kenan plop aku, :p

antalya said... Reply To This Comment

my another wishlist nk holiday bwk anak2. haihhh ntah bila la leh sampai sini nya. kancil buruk tu dh semput tak lepas panjat bukit tinggi2. doa2 rezeki hubby dpt kuar keta baru sbijik mmg ke cameron terus lah pastu

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Hanani Hehe kalau peram memang alamatnya tak ada lah entry ni nanti :)

Btw ramai orang kat Brinchang tu sebab kita tak terjumpa agaknya :)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano 5 tahun lalu aku x pergi sini babe, kitorang jumpa Kasimanis je. This time terjumpalah pulak Big Red ni terus terjah even hujan lebat. Sundae sedap woh! Ekekeke

Pants tu beli kat City Square tahun lepas. Kat sini aku tak tahu mana nak car. :O

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya In sha Allah, ada rezeki korang nanti. Sabar ye, mungkin nak tunggu Iskandar besar sikit dulu kot. :)

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

lama gila tak pergi cameron. kena terjah jugak ni

Azueriena Norash said... Reply To This Comment

hai tuan rumah...salam kenal2...
waaaa..bestnyer cameron...ader hotel baru yerr...ok ker price dier...selalu kalau pergi time hujan mmg x best...sbb x leh nk jenjalan kannn

Azueriena Norash said... Reply To This Comment

hai tuan rumah...salam kenal2...
waaaa..bestnyer cameron...ader hotel baru yerr...ok ker price dier...selalu kalau pergi time hujan mmg x best...sbb x leh nk jenjalan kannn

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Azueriena Norash Hi dear! Salam kenal juga.
Yup, kalau holiday time hujan mmg tak best langsung, best duduk bawah selimut je lah ehehe

Btw kita dh follow awak. Thanks singgah sini :)

Post a Comment