Blogger templates

Hello April.

Assalamualaikum.

Fuhhh. Berhabuk belog. Tuan tanah macam tak perasan almost nak berkahir bulan April tapi tak ada langsung entry. Banyak cerita, tapi bila nafsu malas bertiup di kanan dan kiri telinga, memang satu hapa pun tak jadi kerja. 

Life macam biasa. Aktiviti baking macam biasa. Kesihatan alhamdulillah okay walaupun ada turun naik. Biasalah. Kereta pun kalau dah tua, ada juga bunyi tak sedap sikit sikit. Ini kan pula badan manusia. Tak gituw khenn.

Alia as usual. Makin gemok dan petah dan bijak. Alhamdulillah. Bab cakap memang tak boleh lawan. Ada aja benda dan word pun dah macam orang tua. Sabar kan ajalah. 

That day dia nyanyi, lagu Mojo yang famous tu. 

          "Andai ku bercinta lagi..dua hari lagi..tiga hari lagi.. <-- ok yang ini   penangan lirik yang Jozan nyanyi dalam Maharaja Lawak

Lepas tu dia sambung..
     
          " Empat zakat lagi. Lima naik haji..."

Kahkahkah. Berderai kita orang punya gelak. Seriously, tak sangka anak dara ahkak ada bakat buat lawak.

Actually, ada bagusnya juga tadika yang sekarang ni. Ajar Rukun Iman, Rukun Islam, dan lately, dia duk cerita sekarang kat skool dah mula solat. Aku rasa solat Asar je sbb everyday aku pickup diorang semua baru sudah solat. Zohor confirm kelaut pasal waktu tidur depa from 12 - 3pm.

Tak apa lah. Budak lagi. Dah pandai solat 1 waktu aku kira is a good starting for her.

Eh. Korang dah tempah baju raya ke?. #tetibe.

To be honest, ganti puasa ku belum habis. Tapi seriously aku dah jatuh cinta pada patch lace. Aku tgk hari tu ada design duet punye. Cantik. Terus bayangkan aku & Alia comei comei pakai baju same di pagi raya. Ekekeke.

Berangan  je dulu. Nak beli kena korek tabung. Sepasang RM250 babe. DUA RATUS LIMA PULOH. 

Kalau dua pasang?.

Kire sendirik. Ok bai.


7 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

yelah...sakan ler korang seme raya tahun ni..aku je raya dgn jubah besor..eyhh entah raya ntah tak..mane tawu bersalin awal kihkihhh

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna takpe, raya tahun depan ko dah boleh pakai baju hok comei2 sambil bergambo dengan dua org anak. lagi best apa!

antalya said... Reply To This Comment

best lagu versi kakak tu. hahahah cant imagine. sebok nk raya, puasa blom berganti lg niha

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya Yela babe. Lagu tu je la dok ulang ulang. Kahkah.

Berangan dulu babe. Dapat tak dapat belakang kira, mwehehe

nanonano said... Reply To This Comment

bestnye weh
mika ni klu tanye asik la ckp ajar abc,
sbb kt situ byk budak2 je pon
xnmpak mcm blajar sgt kot?
tskk

lulu nana said... Reply To This Comment

Dear All,

Kalau nak beli border lace & tempah jahit patch lace yang berkualiti & harga murah, Sila lawati page fb saya https://www.facebook.com/LunaDesignandCollections

Thanks ...

lulu nana said... Reply To This Comment

Border lace berkualiti serendah RM 22 utk harga promosi. https://www.facebook.com/LunaDesignandCollections

Post a Comment