Blogger templates

Chocolate Moist Cake

Yeah. Tajuk cake biasa jew. Tapi seriously cake ni sedapnya sungguh luar biasa. Ekekeke.

Maaf lah sahabat-sahabat baking ku ittew. Lama sungguh ambil masa nak up entry resipi cake ni. Ye la, lately den busy dengan anak yang terpaksa ku kuarantin-kan akibat HFMD. Now getting better. Alhamdulillah.


 Ini birthday cake Dani & Zara -- thank u Ana Lyana


Occay. Moh ler kite tengok resipi nye.

  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  • Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tidak perlu menggelegak.
  • Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bahan kering & campurkan sedikit sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Tapis untuk dapatkan adunan yang licin.
  • Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit. Oh ye, cake ni pun boleh dikukus ye.
  • Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache -- aku prefer dark choc ganache. Gambar bawah ni weekend lepas buat pakai milk choc ganache humangaihhh maneh beno ehhh.


Bahaha. Gambar gajah pun x beso gini dik oih. Gi lah buat cepat mmg confirm meleleh ayaq liuq korang. ^__*

1 busy bees:

FAD RMLN said... Reply To This Comment

Mmg sedap pasaitu mintak resepi. Jazakallahu khair.

Post a Comment