Blogger templates

Krabi Thailand - Day 3

Amaran : Entry kali ini ado banyak gambar. Sila jgn boring. ;D

Petang after balik island hopping, kami plan nak jumpa Hany. Sungguh poyo sekali sebab dekat Malaysia, rumah sekangkang monyet pun tak reti nak jumpa. Kat Thailand ni lah aku gedik sungguh nak salam syiom dgn mu mek oih. Hakhak.

F dan Alia share makan nasi goreng sepinggan. Sangat sweet ok. Yang lain bantai coffea, kecuali husband i oll feeling-feeling tourist sungguh pesan fresh orange mihmihs.

Kannnn. Aku dah kata kopi Krabi mmg best. ^__^


Ok, jump to day three. Pagi yang tidak pagi sangat, jam 8.30am dah deal dengan agent untuk join elephant trekking. Memandangkan semua dah dressing cantik-cantik makanya kami tak nak buat aktiviti basah lagi (i.e pegi waterfall etc etc tu). Charge THB500 per person, convert ringgit malaysia lbh kurang RM50+ la. Alia free of charge.

Seriously memang aku masih phobia dan teringat-ingat kisah bot nak terbalik semalam. So tak berapa dalam mood. Tapi sebab apak dan Alia yang dok berzikir nak elephant, elephhant maka nak tak nak emaknya kena la join juga.


Kami join group dengan dua couple from Germany. 2 minggu round Thailand, Indonesia and Malaysia. Gitulah kekdahnya kalau duit dah tak tahu nak buat apa, ye dop?. Ehehe. Oh, above adalah tempat di mana kita queue untuk naik gajah. Amazingly gajah-gajah tersebut macam dah tahu je setiap corner dia kena lalu, haha. Memangla dah di-train tp ye lah, as a human yang tak pernah berada di kalangan gajah, tanjat gegel kejap. Dalam hati, bijaknya gajah!.


Haaaa..tu dia. Rosie dah sampai hahaha. Gajah kami yang depan sekali. Berebut-rebut aku dengan minah salleh belakang tu sebab aku tokse gajah yang belakang. Tinggi gila u oll. Aku ni kan suka fikir diluar jangkauan kihkihs.

Naik gajah around 45 mins. Mula-mula agak gabra [bagi orang penakut macam aku semua benda nak gabra] tp lama-lama memang seronok dan best. Rosie ni notty sikit, kejap-kejap dia stop nak makan, kejap nak shi-shi siap keluar bunyi mengerang kuat gila. Sabar je lah kata Alia. Haha. Shi-shi berbaldi-baldi u oll, ngeri tengok kahkah. Pemandangan hutan sepanjang trekking tu memang amazing. Subhanallah. Butterflies bersepah-sepah, siap yang bawa kitorang tu stop, turun dari gajah and snap pictures butterfly untuk Alia. ;)


Half way, budak jaga gajah ni turun dan bagi husband duduk kat kepala gajah. Siap minta camera kitorang and captured banyak gila gambar sampai pokok-pokok seme dia ambik. Selok sangat weh pegang camera miahaha. Alia that time macam tak ada mood nak bergambar tak sure malas, takde mood, takut aku pun tak tahu. Si budak gajah ni dok la jerit "baby..baby..camera" haha sakit jiwa kot gambar kitorang semua tak ada muka Alia, atau Alia buat muka seposen. T__T

Memang sampai station dia kasi hubs bawa gajah. Melilau-lilau gajah tu jalan sampai aku kena jerit panggil budak tu. Karang entah kemana-mana di bawaknya. 

Pit stop terakhir, gajah akan masuk dalam kolam paras kaki dia. Aku rasa kalau tempat duduk tu tercabut and kita orang jatuh dalam ayaq tu memang confirm aku mati lemas. Itu sebab awal-awal aku cakap "NO NOOOO". 

Aku dah cakap aku penakut, kannnnnn? 0__0

Pernah baca dalam blog mana entah, pasal bagi makan kat gajah. Yela, kasihan betul tgk gajah tu berhempas pulas bawak kitorang. Badan dia sendiri pun dah sedia berat, tambah lagi dengan berat kitorang ni. So after we oll turun dari gajah tu, bagi la makan pisang ke dia. Harga pisang THB50. Fuhhh kemain laju dia ngap-ngap pisang tu sampai basah-basah tangan kena air belalai dia. Geli taw.

Seb baik ada sink and sanitizer. Boleh cuci and kasi bersih tangan i oll. 

Kakak Alia happy dapat kejar butterflies


Sebelum balik, kami semua dijamu dengan sebotol air mineral dan satu pinggan buah nanas. Seriously the best nanas aku pernah try in my whole life gituw. Manis SANGAT. Ha sampai kena caplock kan. Tak caya kalu, tgk la budak kecik tu mana pernah makan nanas, tp dpt yang tu makan 3 potong terus u olls.

Lepas settle semua, naik tuk-tuk balik hotel. Ambil bag pack and starts journey to Krabi town. Malam terakhir kitorang stay kat town sebab nak meramaikan orang di pasar malam. Ngehehe.



Krabi Cozy Place, rate per night dah convert RM adalah RM85. Dapat bilik besar and connecting room. Ada swimming pool, free wifi selama 2 jam - kedekut gila dan pakej dua ekor hanjing besar punya dok jaga pintu masuk. Curlas kaw. Sampai setiap kali aku nak lalu kena panggil reception bawa masuk those anjing sambil berkata "Muslims, cannot touch this" haha sangat diva bunyi nye kan.

Lepas check in, rest sekejap then sewa motor lagi this time rate murah THB200. Pusing-pusing cari makan lunch tapi frust sbb langsung tak nampak gerai muslim, or tanda bulan bintang. Tanya orang dekat street dan akhirnya jumpa satu gerai makcik pakai tudung betul-betul tepi jalan besar. 

Alhamdulillah. 

After makan, terjah wet market. Sbb night market belum start. Jenguk-jenguk buah dan terhenti dekat gerai jual durian. Ate, anak dara ahkak mmg durian fans no. 1 katanya kan. 



Haha. Lelah aku menulis tak habis-habis hari ketiga ni. Lepas makan durian, balik hotel, rest after maghrib keluar semula untuk makan dan cari sourvenir. Semua cari dekat night market sajo. Hadoi bersepah sepah oink oink salai, baju-baju/blouse dia pun stock rambu ramba style diorang pakai tu lah. Nan hado la kalau nak shopping untuk aku kecuali T-Shirt I Love Krabi. ;)

Makan malam di restoran ala mamak, pekena mee goreng dan kopi Krabi for the last time. Hewww really miss the coffee. :(

Malam tu tidur-tidur ayam sebab takut tak terbangun. Flight kami jam 7.55am waktu Thailand. Alhamdulillah, safely arrived one hour later.

Itu je la report percutian ke seberang untuk kali ini. Next will be Vietnam in November nanti. Itu pun kalau lepas nak boarding dan tak ada apa halangan in sha Allah ;).

Next entry, i oll buat summary cost dan tips nak ke sini ok!. Till then.

7 busy bees:

antalya said... Reply To This Comment

best dpt merasa tunggang gajah. bkn senang weh

nanonano said... Reply To This Comment

mcm klakar je penulis ni -_-

Ann Ilias said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano kelakar?. @___@

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya best weh!. kalau ada rezeki nak ke chiang mai pulak. member kata gajah sana lagi bijak, siap pandai melukis!

ღnFashyaღ said... Reply To This Comment

seronok sangat tgk orang g jalan2 sana sini..

sharEna said... Reply To This Comment

xtau bile nak start balik holiday oversea ni. anak 2 byk kena pk kot hahahaha..cheapskate punye mak

Post a Comment