Blogger templates

Krabi Thailand - Tips & Cost

TIPS



(1) Pilih hotel yang sesuai. Kalau budget tinggi, boleh stay di muslims hotel sbb mostly hotel-hotel begini rate sedikit tinggi. Kami budget treveller hekhek, so pilih hotel within budget. Book melalui Asiarooms dan bayar once kita check out. Oh, booking kena secured by card ye, either credit card atau pun debit card. So ada option for those yang tak punya credit card macam i oll. Aku sangat meng-suggest-kan sesiapa yang nak datang Krabi and stay di Aonang, go for Aonang Goodwill sebab hotel ni murah dan bilik bersih berkilat. 




(2) Tukar RM ke bath once berada di Thailand. Sebab, as far as i know, rate sana lagi tinggi. Kami tukar sikit (around RM100) on day 3 dapat lebih kurang THB980. Kalau nak tukar di Malaysia pun boleh, banyak money changer yang offer rate tinggi. But please, jgn tukar di LCCT betul-betul dia akan kasi korang tekanan haha. We oll tukar RM2K dapat THB17K lebih je. Rugi banyak woooo.



(3) Kalau rent bike, tolongggggggggggglah pakai helmet. Lesson learnt. Kat mana-mana pun, safety is a must. Di Aonang, penggunaan helmet tidak diwajibkan, unlike Krabi town. Kau boleh pilih, either nak pakai atau tidak. Apa salah pakai je sbb helmet tu pun cantik terletak bawah seat. Jangan macam hubs bila dah berlanggar sampai lebam sana sini, barulah nak pakai helmet. Nasib baik that time kami tak ada atas motor sama. Kalau tidak, wallahua'lam.



(4) Street foods kena cuba. Pad thai, pancake dan somtam. Make sure kena cari yang halal. Stall bersepah-sepah boleh pilih mana suka. Pancake paling sedap adalah dari cap Yaminlah. Located dekat corner along the beach. 



(5) Makan malam di Aonang adalah sangat "syurga". Kalau dari hotel kami (Aonang Goodwill) jalan kaki boleh sampai. Ada deretan kedai makan, yang mana bila kami lalu je semua pakat-pakat bagi salam, ucap Alhamdulillah, Masya Allah bagai. Punya lah nak stressed out yang kedai depa tu kedai halal, walaupun nampak berderet botol wine dekat bar. Haha. Dua malam di Aonang, kami dinner di Lemon & Bamboo Restaurant. Yang penting, ada logo bulan & bintang. 




(6) WAJIB TRY!




(7) Bekalan makanan sangat penting. Lagi-lagi untuk tourist beranak kecil macam kita-kita ni. Maggi tu aku bawa 6 pack, balance 4 pack kena sorok dalam bilik BIL kalau tidak anak aku asik nak suruh masak maggi. Mineral water beli banyak simpan dalam fridge. Kami tak minum air paip yang dimasak thru water heater pasal takut poisoning. Semua air panas adalah dari air mineral. 7-Eleven dekat so boleh ulang alik kalau stock habis. 



COST

- Flight ticket during promo yang tidak berapa promo sangat (RM450)
- Hotel - Aonang Goodwill (RM120)
- Bike rental + fuel (RM70)
- Dinner x 2 times, lunch (RM150)
- Chartered boat to 4 Island (RM200)
- Elephant trekking (RM110)
- Street foods, tit bits, shopping, sourvenir etc etc (RM200)
- Hotel - Krabi Cozy (RM85)
- Two-way transfer (RM75)

Total cost untuk 3 orang lebih kurang macam tu la. Certain things aku dah siap-siap divide by two, pasal kitorang pergi dengan adik ipar dua orang. Memang tak banyak belanja nak visit Krabi ni unless korang pulun makan seafood kaw-kaw maybe lebih sikit lah belanjanya. Otherwise, below 2K budget dah boleh datang Krabi jalan-jalan cari makan.

Ok guys, pada yang nak bercuti tu, plan ahead so korang boleh save budget. Happy holiday!

2 busy bees:

Hany said... Reply To This Comment

yeahhh jangan jadi macam kami... yang jenis makan tak henggat ni... ahaksss

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

nak pergi krabiiiiiiiii tunggu aku slim balik bolehlah aku pergi krabi bantai makan banyak2

Post a Comment