Blogger templates

Fiske Steakhouse, AU2

As-Salam.

Ini cerita-ceriti dua minggu yang lepas. Memang basi sangat dan dah selamat pun menjalani proses penyahtinjaan. Kahkah.

Malam weekend. Teringin nak makan western food sangat, kalah permintaan dari seorang mak buyong hokey. Oleh kerana kedai makan tersebut terletak di kawasan kejiranan lama hubster, maka dia dengan lapang dada membawa kami ke sana. Almaklumlah, tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat berkasih sayang ecewah.

Port dah lama carik. Aku ler yang cari, itu pasal aku yang melebih-lebih mintak makan sini mihmih. Kebetulan si emak Norah Jones tu pun kemain dia suggest tempat ni macam dia ada share sekali kat sini kehkeh.


Gambar curi dari google vol. I

Seriously tempat ni need more parking space. Kebetulan time datang ada satu parking space celah pokok. Redah je janji dapat makan. Ramai orang so aku agak mesti kena tunggu lama. Amazingly, lepas order dalam 5-10mins makanan dah sampai.

Tak sia-sia drive dekat sejam dari Putrajaya. Leleh-leleh dah ayaq liur mak time ni kihkoh.

Mix grill - chicken, lamb & beef

Special grill chicken chop - served with pasta

Bolognese untuk budak tecik

Makanan sampai cepat, cuma sayang dagingnya macam sedikit sejuk. Nasib baik sauce still panas so boleh la cover balik. Yang lain-lain, terbaik. Mix grill tu ada tiga keping daging yang berlainan, dan itu adalah aku punya menu. Dan habis licin. Percayakah?.

Sila percaya. Memang sedap, dari gravy - daging - mash potato - pasta semuanya lah. Hubster pun komen kemain lagi, selalunya susah sangat nak bagi feedback bila kita tanya sedap ke tidak. 

Beef dia lembut, juicy and lamb pun tak ada bau.

Price?. Reasonable. Ada certain cakap murah. Yes, boleh tahan murah juga. Mix grill ada 3 slices of meat baru RM20, chicken grill RM14.90 and bolognese dalam RM8+. Tak ingat dah harga. Total damage RM51.

Kita kasi 4/5 stars. Cepat & sedap. Yang kureng sikit-sikit tu boleh kasi improve next time.


*Oh ada satu lagi port JJCM western area Keramat ni. Nanti i yoll terai dulu kalau sedap share dgn yu oll ok?


2 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

aku plak dah trliur, jadahnye? grrrr

sharEna said... Reply To This Comment

semalam baru nak pegi lg pastu mak aku masak & tak jadi pegi kakaka

Post a Comment