Blogger templates

Alia, Peperiksaan Akhir Tahun & Graduation Day.

Ceh. Tajuk kemain lagi kan.

Actually, nak update pasal holiday masih tak boleh sebab cable and charger camera ter-post sampai ke Johor sana. So kena tunggu balik Johor lah kalau nak update entry HCMC Shopping Spree heheh.

Alhamdulillah, berakhir sudah sesi persekolahan tahun 2013. Walaupun anak dara tu masuk sekolah tak ada proper registration dan cuma dua bulan saja, berkat kesabaran nenek atuk dan makcik-makcik maka sukses juga dia menghabiskan kertas-kertas peperiksaan berjumlah 10 subjek ittew.

Kerana tanpa proper registration itu jugalah, kalau korang tengok ejaan nama Alia Kaiyisah ada dalam banyak versi hahah. Tapi tak kisah pun lah janji betul bunyinya. 


Gambar dengan budak-budak sekelas. Semuanya turns 5 next year kecuali anak dara hakak tapi tengoklah besarnya dia mengalahkan bebudak lain. Dah sama saiz dengan budak belakang dia tu kihkihs. Sebelah Alia tu, namanya Adam. Dia merupakan mangsa buli Alia setiap kali pergi sekolah. Ngamlah tu, kedudukan dalam kelas pun sebelah menyebelah.




Walaupun masuk sekolah cuma dua bulan, alhamdulillah tak lah sampai dapat nombor terakhir dalam kelas. Ye, atas tu result exam Alia. 10 paper u olls, korang hade?. Ngahahah. Kedudukan 8/9, oklah not bad at all *_^



Majlis graduasi oh the 9th Nov lepas. Tapi Alia tak attend pun sebab masa tu kami semua ke HCMC melayan mummy, nenek & mokcik-mokcik bershopping sakan sempena meraikan kejayaan Alia dalam peperiksaan tersebut hahah. So cikgu dahulukan kain ni untuk buat baju. So, untuk raya tahun depan dah x risau pasal baju raya :D

0 busy bees:

Post a Comment