Blogger templates

Kembali ke sekolah.

Anak siapalah ni. Nak ambil gambar untuk skolah pun nak kena pegang tangan mummy. Dah la rambut serabut, tak reti nak senyum pulak tu cehh

Akhirnya. Saat-saat yang dinanti after 4 months.

Alhamdulillah Alia Kaiyisah kembali duduk dengan parents-nya setelah empat bulan bermalas-malasan di rumah atok dan nenek. Nak bangun pagi dibelai-belai, nangis dipujuk-pujuk, pensil warna tak jumpa bila nak pergi exam; atok merempit pergi Petronas belikan yang baru, demand bila breakfast; gigihlah nenek masakkan ikut menu tekak dia.

Fuhh. Memang manja kededek.

Balik sini memang segala kesenangan tersebut tak dapatlah mummy nak bagi ya hahah. Cuma sekarang ni tabiat makan makan makan dan makan dia yang memang kena follow. Wajib masak nasi setiap hari. Lauk kena ada extra sikit untuk bekalan after 9pm. Stock makanan kena penuh dalam lemari. 

Penuhkan stock untuk sebulan tapi habis dalam masa seminggu, acaner tu?. Kofkofs.

Alia sekarang memang dah totally pisah dengan susu. Satu hal pulak aku nak fikir acaner nak bg dia mealshake. Sudahla minum pun memilih, sokmo nak teh O je tao. Karang kalau buh mealshake dalam teh O konfem bnertukar warna dan akan kena reject.

Eh. Nampak mcm cerita ni keluar dari tajuk lah.

Alia akan start sekolah Khamis ni, dekat taska/tadika dalam office JPA. Alhamdulillah Alia adalah orang yang ke 39 daftar daripada 40 orang. Mujurlah kan. Walaupun ramai tapi hati tak berapa susah sangat pasal taska/tadika dia depan office mummy dan dalam government office. 

Yuran pun tak semahal taska/tadika yang aku tak berapa puas hati dulu. Alhamdulillah. Aku tak berapa kisah sangat dah pasal nak suruh anak pandai ABC, 123 whatnot yang penting anak aku sihat walafiat dan cukup dijaga, makan pakai.

Next year kalau ada rezeki nak try masukkan tadika under SPA depan office juga. Anak kawan aku pandai baca in four months time. Big clap. Tak payah masuk pra sekolah pun tak apa.

Oh ye, sekejap sangat masa berlalu. Next year (2014) tadika, next two years (2015) pra sekolah, next three years (2016) dah masuk primary school dah anak aku. Anak makin besar, makanya emak pun makin tua.

Thats all for now. Monday kan, memang stone habis. Nak belajar supaya sukakan Monday. Banyak sebenanrnya perkara baik-baik berlaku pada hari Isnin ni, aku je sokmo blues on Monday hahah.

0 busy bees:

Post a Comment