Blogger templates

Saigon Shopping Spree

Assalamualaikum.


Sudah pulang dari Saigon (Ho Chi Minh city) around three weeks back namun tiada kudrat untuk menulis entry about it. Seriously perasaan ada, tapi kudrat tiada so jangan cakap aku malas kihkoh.

Overall trip ini best melampau-lampau atas dua sebab. First kerana family ada sama, second ehem, well dah nama shopping spree mustilah best ye dop.


Flight tix kami bertiga dah beli around 11 months before, masa tu free seats promo maka dapatlah harga RM519 untuk tiga tempat duduk AirAsia tanpa tempat barang di kargo mahupun makanan hatta air mineral pun. Biasalah dah nama free seats maka yang kau dapat pun cuma seat aje lah yerp haha. 

The rest beli a month before harga tix lebih kurang RM420/person untuk seat sahaja. 


Hotel book through email sahaja pasal nak pakai website macam Agoda, Booking.com ataupun Asiarooms aku rasa mahal pulak. Dasar cheapskate #1. Stay 3 nights dekat Boss 2 Hotel, Le Thanh Ton street. Dalam email deal harga adalah USD25/room smpai sana jadi USD20/room. Alhamdulillah. Jimat USD15 per room, walaupun nampak sikit bila dah convert RM boleh dapat sehelai baju cotton tau!. 

Hotel tak jauh sangat dari Ben Thanh market. Walking distance around 5 minutes atas kiraan langkah orang mengandung dan warga emas. Kalau yang memuda lagi lah laju depa jalan so boleh consider hotel ni if kaurang visit HCMC.


Oh lupa nak bagitahu, di sini mereka accept Vietnam dong, USD dan juga RM. Macam kami masa tu cuma tukar 2 juta Vietnam dong, lebih kurang USD500 (tak ingat dah) dan bakinya tak payah lah nak mention berapa, in RM. Dong untuk beli benda-benda kecil, taxi dan makanan, but ada juga restaurant yang terima RM. USD untuk hotel or tour dan shopping pakai RM weehoo!.

From Tan Son Nhat Airport ke hotel boleh gunakan either taxi ataupun public bus. Oleh kerana flight time from KL kami berbeza, so sampai HCMC around 10am, suami, i oll dan Alia naik bas. Murah VND5000/person convert RM dalam lapan.puluh.sen. Cheapskate #2. 

Yang lain-lain sampai 3.30pm aku arahkan hotel pergi pickup depa dengan harga USD12. 


Day 1 & day 2 kerja kami adalah pergi shopping. Pagi petang malam. Almaklumlah misi kali ini in sha Allah untuk majlis ehem ehem yang seorang ittew in few months time. Curlass korang kan shopping baju dekat oversea walaupun bukanlah dekat negara omputih macam Che Ta & ZS tu haha. 

Hari kedua selepas breakfast light-light dekat bilik naik taxi pergi Bin Thay market area District 5 kalau tak silap. Situ tempat borong so certain kedai tak layan kalau setakat nak beli 3-4 helai. End up lebih daripada 20 helai kot berjaya ditawan emak pengantin dan beberapa pasang untuk bakal pengantin dan juga untuk kakak dan adik-adiknya. Masa ini baru terlihat nafsu shopping keluar dari airmuka abah yang aku tak pernah terlihat selama ini hihiks!.

Bin Thay mkt ni building 2 storey, level bawah jual macam-macam jenis kain, bags while tingkat atas ada banyak baju budak-budak, bags dan kasut. Oleh kerana nafsu ke arah baju bebudak takde atau dalam erti kata lain malas nak bawa Alia pusing-pusing pilih baju yang taktau sejam boleh settle ke tidak, maka abaikan je shopping untuk baju Alia hahah!.



Lepas shopping sampai rasa nak tercabut kaki, dan ada yang tarik muka pasal kaki melecet maka call semula taxi driver tadi minta hantar balik hotel. Keluar semula jalan-jalan-jalan sampai jumpa kedai makan. Kali ini lunch di Restoren Kampung Melayu. Order 2 set for four people tapi makan 8 orang. Alhamdulillah cukup sebab portion lauk dia besar. Total makan masa ni around RM120.

Eh. Lupa nak inform. Makanan halal dekat Saigon memang mahal. Kadang rasa melampau mahal pulak haha. Terkena masa first day dua pinggan nasi goreng dan dua air berharga RM61. Memang rasa nak nangis. So far makanan paling murah dijual di Restoren Basiroh berhadapan Saigon Pink 2 Hotel, Nguyen Ah Ninh street.



Ok malas nak cerita pasal shopping lagi lah. Cuma nak highlight tempat shopping seperti Bin Thay market, Ben Thanh market dan berderet-deret butik sepanjang Nguyen Ah Ninh street tu kaurang boleh lawat. Tak cukup stock dekat butik, boleh minta owner bawa naik rumah untuk tengok stock sambil lunjur-lunjur kaki dan minum iced coffee. Ah seriously memacam dan lelawa. Short form semuanya pasal dah lenguh menaip kahkah.

Day 3 sepatutnya kami ke Sungai Mekong untuk aktiviti naik cruise, sampan, minum madu etc etc tu tetapi kita hanya merancang dan Allah menentukan segalanya eheh. Dek kerana Taufan Haiyan yang melanda Filipina tu dah terpercik percik ke Vietnam maka semua aktiviti laut dibatalkan on that day. Oh frustnya rasa. So tukar plan ke Chu Chi Tunnel & Half day city centre tour denga tour guide baik punya. Harga per person adalah USD35 (Alia tak kena charge) termasuk driver, minyak, entrance fees, seat selesa dalam BMW 16 seaters dan makanan halal. Tour start 8am dan berakhir 5pm. 


Ini tour guide kami. Nama dia Karim. Melayu Islam Champa.
Boleh whatsapp +841692938370 kalau nak pergi Saigon/HCMC

Aku ni kalau bab masuk hutan tengok sejarah memang lemahnya rasa. Tapi sebab x dapat mendayung, dan untuk elakkan semua orang kecewa maka pergilah juga. To my surprised Alia excited sangat bila mula explore hutan. Macam terlebih sugar gitew.



Tiga jam juga lah dalam hutan tu. Actually tempat ni sejarah macam mana Vietnamese survive daripada tentera yg jajah diorang that time. Buat tunnel panjang berjela, seriously tabah betul. Macam kita hidup sekarang ni, yang beza diorang hidup dalam tunnel. Cuma Karim ada inform jangka hayat depa ni tak berapa panjang, pasal duduk dalam tunnel penyakit senang merebak.

Abah, hubs & adik-adik i oll try juga masuk tunnel. Perjalanan yang paling pendek untuk kami yg atas tanah, tapi paling panjang bagi diorang yang berada bawah tanah tu. Haha. Bahang, gelap, sempit rasanya. Hubs siap cakap lagi, macam ni ke rasa duduk dalam kubur. Ohoi, yang itu takde siapa pun boleh jawabkan sayang oi.


Tengok gambar bawah boleh judge betapa kurusnya orang-orang Vietnam ni. Bak kata Karim depa banyak makan sayur compared to ayam/daging ni. Ikan so far sepanjang duduk sana tak jumpa pun menu/lauk berunsurkan ikan. Masa ni cuma abah sorang yang muat *ehem* eh mak pun muat cuma tak berani mungkin nak cuba.



Habis tour Chu Chi Tunnel kami balik ke kota raya. Dua jam perjalanan *ngantuk* dan *lapar*. Sampai District 5 sudah Zohor, terus makan dan solat. Restoren betul-betul bersebelahan dengan masjid. Lauk memang superb. Tomyam campur, daging black pepper, telur dadar, ayam goreng dan fried kailan. Semua sedap dan menepati citarasa Melayu eheh. Lepas burpppp dapat pula dessert mix fruit cocktail yang pelik tp sedap. Sedap sebab ada durian. Haha.

After solat, off we go to Saigon Notre-Dame Basilica, Saigon Post Office dan HR Cafe. Ambil gambar sikit, hantar postcard ke Malaysia *mengada* then gerak ke War Remnant Museum. Masa ni around 3.30pm. Nak singgah museum, tapi ada orang tu risau tak sempat jengah Ben Thanh market for the last time pasal ia tutup jam 5pm. So just lalu say hye-hye bye-bye kat Museum then terus ke Ben Thanh Market.
Hantar postcard ke Malaysia.
Tak tahu apa cerita post card ni. Tersadai kat mana ntah kahkah.

Oleh kerana hari keempat flight kami pagi, maka misi terakhir menghabiskan RM di Ben Thanh Market diteruskan. Alhamdulillah bertambah ahli dalam luggage sehingga menimbulkan panic attack kepada semua pasal tiba-tiba rasa luggage tak cukup. Selepas proses agihan dan penimbangan semula maka dapatlah hasil shooping tersebut pulang ke Malaysia dengan selamat. 


Tiga trolley u olls. Alhamdulillah moga diluaskan rezeki mereka-mereka yang membeli ini agar dapat pergi ke sana dan shopping lagi ahaha. Overall, shopping di Saigon ni memang best. Kalau kaurang ada kesempatan dan kelapangan, pergilah try shopping sana. Memang terasa lain sangat compared to shopping kat Bandung.

Eh. Jangan terkejut. Trip ni mmg ada 1 entry sahaja. Tak retilah nak buat entry banyak-banyak untuk cerita pasal shopping saja hahaha.


0 busy bees:

Post a Comment