Blogger templates

26 weeks.

As-salam.

Amboi. Malas melampau-lampau sekarang ini ye. Blog ni hari-hari pun buka, belek, refresh pasal takut terlepas update kawan-kawan, tapi sendiri punya update kelaut.

Pejam celik pejam celik dah 26 weeks. Ya lah, cliche sangat. Yang membawa perut rasa lama sangat nak menunggu hari bersalin kofkofs. Seriously lah, rasa dah terlalu tua nak mengandung lagi lepas ini. Menyesal pula kawen lambat, kalau cepat sikit mungkin anak sempat tiga orang sebelum umur mencecah 30 eheh.

Plus minus 14 weeks before deliver. Euwww seriau pulak.

Second pregnancy ni perangai tak senonoh bab shopping barang baby tak melampau sangat mcm dulu. Mungkin dah bertaubat atau pun belum sampai hormon hantu shopping dalam badan. Harapnya takkan sampai lah, sebab rasa bagus juga berjimat bab benda tak penting ni. Boleh dahulukan mana yg lebih perlu.

Baju lama-lama kakak dah keluarkan dr stor, and dah cuci pun. Tak banyak baju newborn tp ada la juga size 3-6 months. So plan beli 4-5 pcs baju size nb, pyjamas sikit utk nb size. Eh, hari tu dah borong pyjamas kat Mothercare sekali buka fb ada jual Carter's pyjamas at very reasonable price. Melopong hakak kahkah.


Swaddle blanket konon nak beli banyak-banyak pasal moden sgt kan bedung pun nak yang mudah saja. Tapi atas nasihat rakan blogger Juelee, tak perlu beli banyak so aku decide untuk tak beli terus. Plan nak beli 4-5 pcs receiving blanket so boleh pakai sekali untuk bedung, selimut etc. Cheapskate gittew kihkih.

Lagipun design receiving blanket lagi mengancam dari swaddle blanket itself. Haruslah mummy beli yang comel-comel saja kan.

Mitten booties dah terlalu banyak kakak punya so tak perlu beli lah for the time being.

Feeding bottle still stuck dengan Tommee Tippie pasal comel. Pasal gender tak tahu lagi, kita sebat natural color dulu. Berharap sangat kali ini dapat breastfeed baby lama sikit. teringin nak rasa ke-excited-an mummy lain yg hari-hari dok tayang gambar susu. Geram.

Pump zaman kakak dulu masih ada. Harap masih function. Kena bawak pergi service dulu. Eh, mana nak service pump Spectra 3 tu ye?

- Budak menyusu badan sepenuhnya tak sampai setahun -

Confinement set konon-konon nak try Tanamera loose pack. Shaklee lama dh tak makan pasal aku dimomokkan tentang pil yang sukar diproses. Almaklumlah sejak pregnant memang aku liat minum air masak secara melampau. Hopefully bila bersalin nanti mudah lah sikit minum air masak. 

Tapi bila fikir-fikir balik, macam tak perlu beli confinement set dulu sebab nak ambil org jaga dekat rumah. Maybe for the first week sebab after a week baru plan nak balik berpantang di rumah emak. 

Search internet, paling murah harga around RM120/day. Semua benda untuk confinement dia sediakan. Urut, mandi mummy & baby etc etc. Transportation tak sure macam mana. Another one is RM1200/week. Siap masak dan cuci kain lagi.

Belum decide. Kalau korang ada contact yang lagi best, lagi affordable sila lah tinggalkan komen di bawah ya. :) 


Okay. Thats all for now lah. Sebenanarnya td nak cerita pasal kaki kakak yang melecur kena garlic tu, tapi masuk bab lain pulak. Yg itu, cerita next time lah occay.

Until then. Bye.


0 busy bees:

Post a Comment