Blogger templates

Kisah kakak dan garlic socks

As-salam.

Sepatutnya kena letak tajuk entry "Kisah mummy dan doktor tak jadi" kofkofs.

After a week sekolah, Alia starts demam, selesema dan batuk. Aku agak sebab aircond sekolah sometimes kuat sangat. Dah bagitahu cikgu tapi diorang tak boleh control, aircond centralized. Aku fahamlah sebab office aku pun mcm itu, ada certain tempat sejuk melampau, ada yang suam-suam kuku.

Kakak tu memang suka sangatlah duduk dalam aircond, cuma badan dia tak berapa tahan.

So, seperti biasa kami laki bini kalau Alia dah starts demam memang menggelabah sikit. Al-maklumlah pengalaman Alia kena sawan dulu masih menghantui kehidupan kami sehingga kini. Eh, sehingga akhir hayat rasanya ni. Memang langsung tak boleh lupa.

- Segala jenis termometer ada dekat rumah since kisah fit dia dulu -

Lepas pergi hospital, bagi ubat dan rehat. Mummy teringat garlic socks untuk redakan selesema. Pernah buat beberapa kali pada Alia and it's fine to her. So this time buat sekali lagi cuma kuantiti garlic tu aku lebihkan sikit, kekonon sebab nak cepat bagi baik T__T

Sarungkan dengan socks tebal. Lena juga dia malam tu, tak adalah dengar sok-sek hidung tersumbat.

Esok pagi, bila buka sock nak mandi, tempat garlic tu jadi berbekas. Putih-putih warnanya. Mula-mula tak expect apa-apa. Sekali bila berlaku amukan masa nak mandi, barulah perasan tempat tu jadi melecur. Cuma belum tukar jadi warna merah. Sob sob sob.

Gambar awal pagi lepas buka stokin
Lepas few days dia jadi gelembung, tapi tak sure apa ada dalam gelembung tu sebab tak pecah

Masa ni memang tak boleh jalan langsung. Berdukung bila nak mandi, merangkak bila nak kemana-mana. Ada masa kelakar bila tengok, ada masa jadi hiba pulak. Seminggu lebih juga tak pergi sekolah. Demam batuk dan selesema kebah after 5 days. 

Hari kelapan baru nak pijak pakai tapak kaki, itupun sikit-sikit. Maybe ada rasa pedih lagi. Thank Allah pasal gelembung tu tak pecah or bertukar jadi nanah or what so ever yang lagi teruk. Kalau tidak lagi lambat nak sembuh.

Lepas sembuh mami upah biskut famous amous
Aktiviti makan pun bermula kembali hahah

Now dah tinggal bekas, and warna dah bertukar jadi gelap sikit. Ada certain tempat yang kulit kakinya dah terkoyak dengan sendiri. Alhamdulillah. Lepas dapat kaki terus tanya bila nak ke sekolah semula. Rindu kawan-kawan kata dia.



Ok, ini ada petua untuk demam, selesema dan batuk selain daripada kaedah garlic socks tadi. Maybe this time bukan rezeki Alia nak baik guna kaedah garlic socks. In sha Allah lepas ni boleh praktikkan lemon socks pula. Thanks Izza!.

1 busy bees:

izzatul azma mohd asri said... Reply To This Comment

Terkejuit hakak tiba tiba nampak nama sendiri dalam ni hahahaha. Ye, sila try. Aku pun tak pernah try lagi lemon socks tu. Tapi aku ni memang lebih suka natural remedies dari bagi ubat. Tapi kalau dah 3 hari tak elok jugak tu jangan bertangguh lagi kan, kena jumpa doktor jugak. Semoga sistem imun kakak bertambah tinggi lepas ni dan kurang dah sakit sakit ye !

Post a Comment