Blogger templates

28 weeks & long holiday

Assalamualaikum.

Kembali bekerja after long break. Haihhh, walaupun cuma empat hari cuti nak start pergi office semula kemain liat lagi. Lagi teruk liatnya dari nak suruh Alia bangun pagi, mandi dan pergi sekolah hahah.

Oh, kerja dua hari then cuti lagi lima hari. Beronok-ronoklah ye. Lepas tu hadap lah kerja lima hari seminggu sampai hujung bulan April. In sha Allah.


Alhamdulillah now officially in my 28 weeks, so automatically i am in my third trimester. 

Adik baby so far so good. Belum sempat lagi (atau malas sebenarnya hah?) untuk buat detailed scan. Biasalah, klinik gomen bukan boleh mintak nak scan selalu eheh. Ini pun after week 28 baru doc nak scan kali kedua to check uri. That's all. Nak mintak check gender sekali macam malu lah pulek kihkihs.

Perut dah besar, baju dah tak muat, tp still ada kudrat dukung kakak Alia. Ye, kadang datang angin mengada nk berdukung. Tp sekejap je lah, lama-lama kalu boleh pengsan den. Lagipun dia tahu dalam perut ada baby. Kalau buat selalu nanti baby tersepit, kesian kihkoh.


Cuti panjang Chinese New Year last week memang tak pergi mana-mana pun. Hubs ada juga bg plan jalan-jalan PD atau yg dekat-dekat, dapat keluar dr Pjaya sekejap pun jadilah. Alia kemain lagi excited bila dengar nak tidur hotel agagaga. Tapi malangnya nasib kau-orang dapat mummy pemalas macam ni kan. Aku memanglah dalam keadaan malas sepanjang masa, nak suruh pergi holiday bagai memang tidaklah.

In the end, duduk lah rumah selama cuti empat hari tiga malam ni. Ngahahah.



Eh, duduk rumah pun penat juga mummy mengemas dari hujung ke hujung. Si tukang buat sepah lagi ramai dari yang mengemas, katanya kan. Contohnya yang di atas ni lah. Sebelum buat onar, kemain lagi kata "Ok, ok nanti kakak kemas". Tapi bila dah start mengantuk, mula lah nk berdrama "Alaaaa, kakak juga ke yg kena kemas. Kesian kakak dah ngantuk nk tidur". Pulak.


Petang-petang ayah dia (kadang-kadang mummy ikut - kan dah cakap demam malas) bawa pergi playground, atau pergi try kasut roda dekat bulatan Masjid. Still terkengkang-kengkang lagi lah pasal baru belajar. Belum boleh bergerak sendiri. Practice makes perfect homputeh kata eheh.

Itu saja lah aktiviti cuti-cuti panjang kami anak beranak. Memang tak best langsung pada deme, tapi seronok melampau-lampau pada mummy psl dapat rehat dan tido bila rasa nak kahkah. Looking for a great weekend, pasal adik perempuan kitew nak nikah doh. Weeee, seronok juga ada majlis ms berperut besar ni, less work to do but more time to eat wakakaka. 

Until then. Bai.


0 busy bees:

Post a Comment