Blogger templates

Kak Long

Assalamualaikum.

Ehem. Nampak macam makin rajin update blog *krikkrikkkkkk*

Insha Allah kakak akan jadi Kaklong in 10 weeks time. So far tak ada masalah nak panggil kakak sebab since dia 3 years tak silap dah start panggil kakak. So few weeks back, masa tengah converse berdua, saja lah usik dia.

"Kakak, nanti baby dah keluar, mummy kena panggil kakak, Kaklong tau".
"Eh kenapa pulak. Kakak -- kakak lah kenapa kena panggil long. Macam tu, kakak panggil mummy -- mummy long, ayah long. Nenek -- neneklong, atok -- atoklong blablabla...".

Erghh. Panjang pulak jawapan dia kasi.


Penerimaan dia pada bakal adik adalah sangat mengharukan. Bukan haru -- sedih tp terharu pasal dia suka pegang baby bump. Kalau perut bergerak-gerak time dia pegang, terkekek-kekek gelak sambil tanya mummy sakit ke tidak kena pukul dengan baby. Sweet occay eheh.

Harapnya sampai baby lahir sok perangai dia sweet mcm tuw. :)


Perangai mengada-ngada minta dukung dengan mummy -- atau buat perangai nangis nak mandi pagi, all gone. Alhamdulillah. Dia tahu kot mummy dia now adalah manusia yang kurang berdaya ekekeke. Tapi manja kededek dan mengada-ngada dengan ayah masih berterusan. Alhamdulillah juga. 

Perangai nak tido kena hadap muka mummy adalah wajib. Wajib occay tidur pandang muka dia -- kalau tak boleh menjadi rasukan ablasa di malam hari. Sabarkan ajalah.


Alhamdulillah sekali lagi pasal this week kandungan dah mencecah 30 weeks, dan bermula perjalanan minggu ke 31. Kalau masa kakak dulu, minggu 31 aku admitted hosp due to active contraction. Merasalah duduk ward 3 hari, dexa dua dose -- yang menyebabkan sakit pinggul hingga ke hari ini. Eh, makin bertambah weeks ni memang semakin ngilu rasa pinggul tempat cucuk dexa dulu.

Hopefully tak jadi lagi lah mcm tu. Takut bila ingatkan semula keadaan nurse dan doctor yang kecoh mencari baby incubator -- call setiap hospital -- sebab semua risau aku terberanak awal.

Alhamdulillah kakak survived until week 39. Syabbas beti. Mummy loves you muah muah haha.


This time, nak beranak week 37 boleh tak?. 

Haih, memang terasa sangat tak larat membawa badan. Perut aku ni rasa macam berat kedepan, faham dop?. Means kalau berdiri lama tu rasa macam nak jatuh kedepan kahkah poyo sekali statement. Kakak pun dah pandai complaint, eh besarnya perut mummy hahah.


Preparation for adik baby almost complete. Aihh, biasalah -- takkan ada yang cakap dah completed punya, confirm ada je yang nak dibeli lagi. Bab baby's apparel memang aku dah surrender. Cukup apa adanya. Now tinggal nak beli yang besar-besar sikit, baby's bottle, rocker -- dan juga barang-barang confinement mummy. 

Baju-baju dan blanket atas ni adalah pre wash pusingan kedua. Sikit-sikit je sekali buat pasal rumah burung kami ni kechik saja ahaha. Kakak as usual excited so dia yang tolong sidaikan semua ni. 

Kakak memang rajin. Sebab itu mummy ayah sayang. Aihh kaklong, moga kasih sayang mummy takkan kurang dengan kehadiran baby nanti -- insha Allah.


5 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

ann.. macam mana ek rasa active contraction tu.sbb elly kadang2 mcm rasa false alarm pun ada..tapi takut nak p spital

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@mamaelly baby bump keep on mengeras elly, check mcm kita trace contraction nak beranak tu. kalau kerap sangat pergi lah hosp. mcm kita dulu sakitnya smpai pinggan nasi goreng depan mata pun mmg x lalu dah. cramp.

sharEna said... Reply To This Comment

dah x lama dah kan. nak tgk gane lak ko beranak dua. jgn makin papan sudah ler wkwkwkw

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@sharEna Alhamdulillah. Aku redhoooo dengan ketentuan-Nya kehkeh. Nak buat gane dh kadar metabolisma aku tinggi, kannnnnnnnnnnn...

♥z@z@♥ said... Reply To This Comment

kenapakah perangai time nak tido tue sama sebijik mcm iman?kene ngadap dia..omak aihhh lenguh pinggang ngiring sebelah lelama..huhu..nie mmg simptom nk dpt adik ke?blerghhhhh

Post a Comment