Blogger templates

Memasuki minggu ke 30

Tiba-tiba rasa macam, "eh sekejapnya!". 

Cliche sangat kan, kehkeh.

Btw, aku memang dah tak larat sangat nak membawa diri ini. Bukan sebab officework, atau apa-apa yang berkaitan pejabat pun, cuma entah -- rasa letih betul dengan badan sendiri.

Nak kata berat badan dah tak tertampung, tidak jugalah. Setakat hari ini cuma 55 kilo saja. Memang agak 'menaik' jugalah as for me yang tak pernah pun jejak 50 kilogram. Aku lebih enjoy buat kerja yang tak memerlukan penggunaan kaki yang banyak. Macam duduk rumah, cuci kain -- sidai baju -- or masak. Hahah.

Alhamdulillah adik dah almost 1.4 kilograms. Another 10 weeks, or less. Sekarang ini kan memag selalu sangat sebut moga adik keluar on my 37th week. Nampak sangat kan kepayahan aku membawa badan ini eheh.


Ujian MGTT dah selamat diharungi two weeks back. Result still tak dapat sebab aku checkup dekat KKPJ Presint 3, while test buat di KKPJ Presint 9. Thyroid test buat, three or four weeks back pun belum dapat lagi.

Starting this week aku rasa my old friends during the first trimester pun dah nampak macam nak muncul kembali sobsobs. Mungkin selama beberapa bulan ini aku kerap dan kuat sangat melantak sampai tegang perut pun tiada siapa kisah. Sekarang makan lebih sikit mula lah rasa nak muntah, nak pitam -- ahh semua yang tak best belaka.

So almost seminggu dah dapat ikut routine makan yang baru. Breakfast mmg roti bakar saja, lunch --nasi segenggam, lots of green veges dan sedikit protein. Lepas itu, stop. Kalau lapar within waktu makan, kunyah buah atau kurma. Dinner nasi dua-tiga suap dan sedikit lauk. Thats all.

Cuma berharap janganlah berat turun mendadak. Confirm kena bebel lagi ahah.


Since last week lagi dah kena start buat fetal movement chart. Seingat aku dulu, masa kakak start bila dah masuk lapan bulan. Now semua pun nak cepat. Oh, dakwat merah tukar ke hitam sebab dah kena tegur dengan nurse. Katanya, pening nak check gituw, boleh?.

Occay, cerita pasal persiapan -- well, excited masih macam yang first dulu cuma yang menyebabkan ke-excited-an sedikit terbantut is -- gender adik baby masih tidak diketahui. Yeah, scan last week aku tebalkan muka juga minta doc tengokkan gender skali. Sekali dia kata tak dapat pasal kaki sokmo dikepit-kepit. Frust. Tak dapat minta lebih-lebih pasal buat kat gov clinic, ramai lagi patient yang menunggu. 

Hopefully by this week ada masa pergi scan dekat pvt.

Even tak tahu gender, barang-barang like baju mostly prepared. Sleep suits & short sleeve semua neutral colour -- adalah dalam 10 helai. Baju newborn kakak memang semua dah tak boleh guna. Adalah 5-6 helai size besar sikit. Toiletries, towels, and benda-benda kecil banyak yang dah ready. Alhamdulillah.

Cuma now dalam fasa nak pilih confinement lady. Plan nak deliver and pantang sini dulu. Rupanya tak murah juga CL area Putrajaya ni. Paling murah yang aku jumpa around RM150/session/day -- 1.45 hours per session.  


Well, sekarang ini menghadiri ceramah penyusuan susu ibu di KKPJ Presint 9 adalah diwajibkan JIKA anda nak beranak di Hosp Putrajaya. Kata nurselah -- bukan aku kata. Setiap minggu ceramah every Rabu 9.00am. Kalau tak ada signature penceramah kat situ, bila masa kau datang untuk beranak di LR HPj, dia ada kuasa untuk menolak ke hospital-hospital lain -- katanyalah.

Plan this week, after check progress our little cottage di KW sana, nak lari shopping barang baby sikit, then kalau ada rezeki bolehlah skodeng adik skali. Kakak tu haaaa..kemain lagi excited everytime nak tgk adik. Siap tanya, "mummy kenapa gambar baby hitammmmm aje?" -- dengan nada kecewa. HAHAHA.


2 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

ann kena pegi ceramah penyusuan tu ke...nape elly tak pernah disuruh ek..risau pulak kang dia tak bagi beranak kat putrajaya pulak dah

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@mamaelly Elly, nurse KKPJ Presint 3 yang bagitahu. Siap pesan, kalau dah p dengar kena minta sign penceramah. Once nurse HPj check kalau tak ada sign depa blh suruh kita beranak tpt lain, katanya.

Post a Comment