Blogger templates

Weekend Gateway : Berjaya Times Square Hotel, KL

Assalamualaikum.

Bersiaran di hari Selasa, duk seorang diri sambil dengar Awani online -- officemate yang lain semua dok berperang dalam meeting room kihkoh. Ate, kita baru balik checkup 33 weeks so ada excuse disitu.

Weekend lepas sepatutnya husbter outstation ke Melaka. Eh, lately makin kerap pulak dia kena outstation -- mementanglah surat permohonan pindah dah hantar, terus je kena kerja jauh-jauh tao. Sabar je lah.

Memandangkan weekend tak ada si apaknya, maka plan adalah duduk rumah sambil kemas-kemas, lipat kain, settlekan hospital bag mummy yadayadayada. Sekali tu kan, pagi Sabtu tetibe si apak cakap dengan anak dara dia -- pergi kemas baju, kita tidur hotel malam ni. 


Aihh. Pelik disitu. Tapi kakak terus capai bag, swimming suit, baju-baju dia. Biasalah budak tu kan selok kalau ajak tidur hotel kahkah. Mak dia yang terkebil-kebil. So bila husband explain kerja di Melaka cuma half day on Ahad, baru lah faham and ikut kemas bag sama ekekeke.

So here we go. Check in dekat Berjaya Times Square for one night. Jadilah. Nak pergi jauh-jauh confirm kena tolak awal-awal pasal kita dah tak larat sebenarnya nak jalan jauh-jauh. Baik tidur rumah je. Ada kelambu siap aircond katanya kan.

Lebih kurang macam ini lah design and view from our room. Level 38 homai memang sakit jantung nak tunggu sampai hahah. Actually tak lama pun dalam lif, tapi sebab memang dah jenis penakut -- hadap kan je lah apa jenis ketinggian pun, confirm menggigil tangan kaki segala.

Memang nampak sangat ke-penakut-an kita tu diwariskan kepada anak dara. T__T


After check in, turun lunch dekat food court shopping mall. Jalan-jalan shopping and window shopping sikit then balik singgah swimming pool. Apalagi, menunaikan hasrat anak dara lew. Alia Kaiyisah denagn pool kan memang tak boleh dipisahkan. Pantang nampak, orang kata. Kalau ikut kita, memang tidak lew nak bawa dia p pool selalu. Entah, paranoid sangat dengan air.

Sebelum pergi pool, tapau roti dan snacks dekat Cold Storage. Bersama Chocolate Frap Starbucks. Lepas tu kan, ada budak tu feeling-feeling homputeh sunbath sambil mengopi kahkah.


Malam hubster keluar lepaking dengan member-member squad dia masa kursus dekat Muar dulu. Macam biasa, bini dan anak dia lagi suka bergumpal-gumpal dalam selimut kihkih. Dinner KFC jew lepas itu sambung bergolek-golek lagi sampai esok pagi. Apaknya balik entah pukul berapa pun tak sedar. 

Pukul 6.30am Alia dah bangkitkan kami. Sejak-sejak dia sekolah dekat area office ni memang tak ada masalah langsung nak bangun pagi, even weekend. Goyang sikit kaki terus celik. Perubahan yang sangat baiklah pada mata kitorang.

Oleh kerana husbter nak kejar timing pergi Melaka, makanya pukul 7.30am kami semua dah bersiap pergi breakfast. Buffet breakfast was good, a lot of varieties -- sampaikan makyong duduk makan dekat satu jam setengah kihkoh. 

Lepas tu kena tegur dengan nurse today -- pasal berat naik 2 kilo within 2 weeks. ^_*

Tak nampak gemok kan?.
Padahal hanya tuan badan, dan partner sahaja yang mengetahui segala-galanya kahkah.

Oklah. Itu saja ringkasan (?) percutian bermalas-malasan hujung minggu kami. Pada yang bukan makyong, boleh try stay sini -- lepas itu boleh ambil angin malam area segitiga emas KL tuw. Kami tengok dari bilik sajo, memang nampak happening. Nak join sekali memang tidaklah -- sebab rasanya aktiviti kami dalam bilik berdua anak-beranak -- lagi happening kot?. Ahahahaha.

4 busy bees:

miDguRL said... Reply To This Comment

alololo kakak cintik berseri2...trun r ahad nie..nk laga pipi ;)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@miDguRL In sha Allah Mod kalau takde aral yang melintang eheh.

Eh, kau datang ke?.

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

comel perut ko ann

YaYa VoGue said... Reply To This Comment

tak shopping ker kak???

Post a Comment