Blogger templates

Ayra Khadeejah's Third Month


Alhamdulillah. Mummy selamat masuk kerja semula on the 30th July. Hari kedua puasa heh. Plan cuti raya panjang ke laut sebab Deeja nak keluar awal sangat :)

Checkup Deeja 3 bulan pun dah selesai last week. Cucuk dose II, check berat, tinggi dll. Semua normal alhamdulillah. Now berat 5.5 kilogram. Nampak kurus macam mummy *perasan* tapi bertambah berat macam ayah *haha*. After vaccination tak nampak apa-apa yang tak elok so lega hati. Paranoid sangat mak nye pun, anak cucuk smpai nak cuti pantau sebab banyak sangat cerita menakutkan pasal simptom-simptom after vaccination dekat certain babies. Alhamdulillah Deeja ok-ok saja.


Sekarang ni Deeja on both fm dan bf. Sepanjang masa dekat babysitter dia akan minum Enfalac Gentlease 3oz, tiga jam sekali. Balik ke rumah belum sempat duduk dah terkuis-kuis celah tudung mummy haha. Seronok rasa. Bonding time anak bf ni lain macam sikit lah.

Bab pilih susu, well this time bukan saja-saja nak kasi susu mahal. Bukan macam kakak dulu heh. Lepas jumpa peads kes tak berak beberapa hari sebelum ni, memnag tak berani nak jadi doktor sendiri dekat rumah. Ikut saja lah selagi mampu. Lagipun adik tak demand feeding bottle mahal macam kakak. Aci dah tu hahah.


Oh. Ini kakak baby. Dah 4 tahun setengah umurnya. Makin pandai nak melawa, nak cantik-cantik, berhias-hias. Ada yang dgr ceramah kata fitrah anak perempuan nak bercantik-cantik, so layankan saja lah. Baru sat ni mummy kirim cincin dekat kawan sebab kakak dah seminggu zikir nak cincin heheh.

0 busy bees:

Post a Comment