Blogger templates

Cuepacs Care

Ni nak cerita tentang insurans.

Actually, sejak ada anak memang benda ni jadi sangat penting. Dulu masa bujang or baru kawin, asal sakit jejak hospital kerajaan saja lah. Agak nak cepat, pergi klinik swasta. Dapat ubat, telan insha Allah tak lama kebah. Orang tua, kot?. Immunity dah kuat.

Akibat perangai suka bertangguh *insaf* merasalah anak warded dulu sebelum ada insurance. Ingat lagi kes Alia admitted due to demam + fit dekat Semporna?. Alkisahnya, masa tu baru beberapa minggu terminate insurance lama dan tukar baru. Yang baru pulak tak boleh pakai lg, end up bayar hosp charge pakai duit sendiri. Padan muka.

Ni untuk gov servant. Ada satu insurance baik punya. Murah dan cover all your hospital bills. Cuepacs Care nama diberi acewah. Rasanya ada kawan-kawan yang dah tahu, cuma saja nak share lagi. Sharing is caring tak gituw.


Right after Alia discharged dari KPJ yang charge bill almost 4 thousand ittew *pitam* terus kami sign up for Cuepacs Care. Benda murah jangan di tolak. Cuma waktu menunggu sehingga insurance boleh digunakan agak lama. Dalam 3 bulan tak silap, maybe due to quite number of applicants.

Tujuh bulan lepas itu, Alia warded lagi due to high fever. Alhamdulillah this time bill cover so boleh la kami senyum sikit heh.

Oh btw. Ini cover untuk hosp bill SAHAJA. Takde allowance (unless admitted hosp kerajaan) takde savings what so ever. Tapi pada aku, takde hal seme ittew, yang penting korang cover hospital bill aku hahah.

Masa mula-mula masuk, sumbangan bulanan untuk satu keluarga hanyalah RM60. Now sumbangan bulanan akan naik ke RM85 untuk satu keluarga. Katanya sebab kenaikan kos rawatan.







Well, nak register anak yang lahir seterusnya tiada bayaran tambahan diperlukan ya, means if masa register bayaran RM85 -- maka itu jugalah amount yang kena bayar dari ada anak seorang sehingga lah anak kelima (contohnya).

Akibat bertangguh juga, baru hari ini pergi fax borang penambahan anak untuk Ayra Khadeejah. Tak senonoh betul perangai nye ha.



Ok. Pada gov servant yang masih belum ada insurance, dan plan nak ambil insurance pada harga yang murah, boleh lah try Cuepacs Care ni. Bab kesihatan ni kita tak boleh nak jangka, hari ni sihat esok belum tentu tak sakit. So, sediakan lah payung sebelum hujan. 

16 busy bees:

mohd noor said... Reply To This Comment

Saya wakil Cuepacscare di Putrajaya
019-6648700 arizam.

Khaidir Zakaria said... Reply To This Comment

Saya ingin berpesan, sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda berdasarkan keperluan dan keutamaan. Rgrds - KhaidirZakaria.com

Khairil Azizie Che Mat said... Reply To This Comment

Buat penjawat awm, setiap Kali discharge, tuan puan perlu lah menyemak bill kerana selalunya ada caj extra yang perlu di bayar. Ceupaccare claim hospital terlebih caj rawatan yang diperlukan dan hospital pula claim Ceupaccare memangasalah. Tak tau mana yang betul. Kita kena fight sendiri. Ini berdasarkan 2 Kali pengalaman Anak masuk hospital. Satu kena bayar $800 dari $4k dan setelah bergaduh, hanya bayar $600+. Yang kedua kena bayar $700, selepas fight 3x dtg hospital setelah discharge akhirnya 100% cover.

bubble said... Reply To This Comment

menipu je cuepacs...
suami sy baru discaj hospital sbb denggi n duduk icu 5 malam
biasala icu mmg doc akan extra care but cuepacs hanya cover 2x visit je dr doc...selebihnya kita kne byr sendiri...
dh pulak tu dr ape yg dia xcover n plus ngan 20% co paymnt kne bayar...
ni semua PENIPU je

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Assalamualaikum .
Terima kasih atas komen saudara/saudari di atas ini.
Utk makluman, saya bukanlah agent/wakil atau sesiapa yang ada kaitan dengan Cuepacs care. Saya cuma seorang kakitangan kerajaan, yang apply ins from cuepacs care untuk keluarga.

Untuk makluman, sudah beberapa kali anak-anak saya admitted ke hospital swasta, semuanya dibayar oleh Cuepacs Care. Alhamdulillah. Cuma ada sekali terkena, kami stay di dalam wad yang melebihi kelayakan, bila dapat bill, beza harga bilik dan 20% daripada total bill tidak di cover. Mulanya agak marah.

Tapi bila kami semak semula manfaat dan pengecualian, rupanya dah ada tertera disitu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. So redha, sebab memang salah sendiri. Point utama disini is, kena kerap dan rajin membaca polisi.

Yelah, dah bayar pun cuma RM80 sebulan, sekeluarga. Nak mengharap lebih-lebih tak boleh la kan.

Tapi lain org, lain pandangan dan lain keperluan. Kalau tuan/puan mampu untuk bayar lebih, boleh opt for lain-lain insurance yang lebih baik :)

Wassalam.

Anonymous said... Reply To This Comment

Menag Ceupacs Care Penipu!! Anak saya mula2 masuk sebab demam. Surat Jaminan Approve. Bila time nak Discharge, tup2 kata tak cover plak sebab punca demam ialah Tonsel. Tempoh 120 hari belum tamat. Kalu dah macam tu, pasal apa masa mula2 nak register warded cakap cover & GL diluluskan??? Hujung2 bill empat ribu lebih aku kena bayor sendiri.. Hutang kredit kad!!!

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Anony :
Maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh encik/puan.
Kalau ikutkan, maturity period untuk Cuepacs Care memang lama. Sangat lama. Kami memang sedia maklum tentang itu.
Anak kami pun pernah warded dalam tempoh maturity tersebut dan memang kena bayar sendiri.
Alhamdulillah sehingga sekarang masih lagi memegang polisi ini, dan terbaru awal tahun ini warded pun masih lagi ditanggung sepenuhnya oleh Cuepacs Care.
Mungkin ada salah faham semasa surat jaminan tersebut dikeluarkan.

Wassalam.

siti hajar mohamad said... Reply To This Comment

puan ann..sy berminat nk sign up cuepacscare ni..mmg charge masuk wad dia cover spenuhnya ke?dn maturity tu amik masa yg lama tu brapa lama..lebih 3 bulan ke? t.kasih...

siti hajar mohamad said... Reply To This Comment

puan ann..sy berminat nk sign up cuepacscare ni..mmg charge masuk wad dia cover spenuhnya ke?dn maturity tu amik masa yg lama tu brapa lama..lebih 3 bulan ke? t.kasih...

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Puan Hajar :
Puan boleh browse website Cuepacs Care untuk registration dll.
Kadar bilik semalaman kalau tidak silap saya RM150. Tidak boleh lebih dari itu jika puan tak mahu dikenakan bayaran lebihan bilik dan juga 20% daripada jumlah keseluruhan bil.
Maturity period semasa kami mendaftar adalah selama 4 bulan.

Anonymous said... Reply To This Comment

Memang tipu.. bila nk admit tanya mcm2..polisi mereka selagi blh tolak mereka tolak.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Anony : Maaf atas kesulitan yang anda hadapi. Kami bukan agen, kami cuma pemegang polisi. So far setakat hari ini kami belum ada masalah untuk membuat claim atas kesemua bil-bil hospital kami. Saya syorkan encik/puan semak dahulu polisi sebelum ambil apa apa insuran sekalipun. T.kasih.

Anonymous said... Reply To This Comment

xde sape lagi ke nak kongsi pengalaman guna cuepacscare?bagus utk panduan bakal pencarum dan pencarum cuepacscare perkongsian pengalaman tuan/puan di sini

www.arzone_71.blogspot.com said... Reply To This Comment

Saya baru join cuepacscare... terfikr nak trmnate prudential... bulanan agak tinggi cover sorang jer.. cuepacscare cover satu family... boleh jimat bulanan... any comments / pandangan?

Anonymous said... Reply To This Comment

Alhamdulillah.. sy pemegang kad cuepacscare. Anak saya masuk wad private disebabkan demam.. semua cover.. 4.5K total cost. Pada saya cuepacscare ni banyak membantu saya. Pesanan saya.. sentiasa baca polisi dan manfaat polisi. Supaya kita tau do's and don't.. jangan nk salahkan pihak insurans jika kesilapan diri sendiri

Anonymous said... Reply To This Comment

Anak saya dah 2x masuk private hospital.. 1st time masuk de masalah.. mase nak discharge berlaku masalah di mana insurans x cover... ikut polisi x de masalah.. saya bayar cash 3k++. Waktu discharge pula weekend.. die staf bhgn insurans tu yakin je tunjuk surat yg insurans fax tu.. tulis dlm english.. yg saya faham... mistake dr hospital.. saya layankn aje.. pasal nak kluar cepat..isnin saya call pihak sunlife.. rupenya confirm silap dr hospital..pihak hospital proceed dokumen mase nak discharge.. for sure x approve.. saya dtng balik ke hospital tersebut...dgn naik angin n baran... staf hospital minta bersabar... final... after 2 days.. hospital call n refund.. kami just bayar RM70...
2nd time masuk hospital yg sama.. saya pilih doktor lain..takut kne bende yg sama... staf yg sama atend saya... siap igt kes saya sblm nie.. for sure die layan baik lepas kejadian... moral of the story... jgn percaya 100% kat staff yg atend kat hospital sblm admit.. to play save.. double check dgn pihak insurans.. minta kepastian yg staf hospital tu dah checking ke belum status kte dgn insurans b4 admit.. kes saya yg 1st, pihak hospital submit as a pay 1st... claime after discharge...klau dah amik insurans.. for sure kte x nak unde pay n clame...

Post a Comment