Blogger templates

Aidilfitri 1435H

Welcome back -- kata workstation kepada ku pagi tadi.

Assalamualaikum korang!. Seronoknyaaaaa raya tahun ni sebab anak dah dua. Yang sorang dah pandai tak nak salam, tau hulur tangan nak ambik duit raya, yang sorang lagi asik mengekek bila kena agah.




Tahun ni giliran raya dekat Johor. Confirm ai-ol super happy. Preparation melampau sikit sampai ada kuih raya tak termakan, dan baju raya tak terpakai. Well takpa, kite sambung pakai raya haji nanti. This year adik-adik lain pun berkebetulan turn raya dekat rumah mak abah so makin meriahlah suasana. Cucu pun dah makin ramai, dah makin banyak akal dan perangai.


Cuma tahun ni tak berapa seronok sebab husband tak dapat cuti lama, on second raya dah kena kerja. Selalu dia lah champion bab ambil cuti raya ni. Tak apalah, dah lebih 10 tahun dapat cuti lama, setahun je kena kerja on hari raya takkan lah nak merungut kan. Eh, actually tak merungut, cuma kurang sikit gembiranya heheh.





Well, ini lah family besar kite. Lima beradik je pun yu-ol tak ramai mana. Campur suami sendiri, sil, bil ada lah bertambah tiga orang. Eh tengoklah si Deeja n kakak tu happy kemain. Mummy baju raya pinjam dan ayah baju raya recycle tahun lepas kehkeh. 

Semalam semua dah balik ke tempat asal masing-masing. Tinggal lah emak abah berdua seperti sediakala. Sedihnya rasa. Memang gini lah aku kalau cuti lama sikit kat kampung, ambil masa etlis 2-3 hari nak tune-in semula ke suasana sunyi kat bandar ni. Sunyi bila kat rumah takde sapa nak ajak borak sampai lewat malam, takde siapa nak tegur-tegur bila deeja nangis, tak ada siapa nak melayan amukan kakak, hurmm.

Ok. Nak layan sendu jap. Take care yu-ol. 

Selamat Hari Raya maaf zahir batin.  

3 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

hahah ann dh pndai melawak, gud job bebeh ^_^

antalya said... Reply To This Comment

kuat laki ko ann. steady je dia angkat kakak gaya camtu. deeja comel sgt

juelee said... Reply To This Comment

welkam back ann hahahhaa

Post a Comment