Blogger templates

Kisah kek pisang & Majlis Hari Raya Tadika Permata Bunga Padi, JPA

Assalamualaikum.

Majlis Hari Raya Tadika Bunga Padi (sekolah kakak since Januari 2014) diadakan hari Jumaat, sama dengan majlis office mummy. 

Dua-tiga hari sebelum tu cikgu-cikgu dah sibuk pesan suruh pakai baju raya, bawa kuih raya etc etc. Bila tanya kakak nak bawa apa, dia jawab cake. Fine, confirm tak boleh bake sendiri pasal oven dah tersadai elok atas kabinet :P



Khamis before majlis, ayah-nye bawa pi cari kek. Banyak kali tanya dia kata okey bawa kek pisang je sebab kawan-kawan suka makan kek pisang. Okayyy, beli dua kek pisang dan satu butter cake. Balik rumah potong sesiap masuk tupperware.

Gambar ihsan Google


Hari kejadian, mummy dan kakak pakai dress sedondon-dondon gituw. Memang ramai puji cantik. Eh, memang cantik pun dress tu -- aku sendiri tak nafikan. Cuma ramai yang tak tahu kerana dress itulah aku dan Alia takde baju raya untuk dua tahun akan datang muahaha.



Petang after ambil dari sekolah, si mummy bukan main excited soal macam-macam pasal majlis Hari Raya. Anak jawab senang je.

     " Mummy, cake mummy tu kakak tak sempat nak makan "
     " Kenapa tak sempat. Kawan-kawan dah habiskan ke? "
     " Tak. Takde org makan pun. Kawan-kawan semua makan kek cikgu beli "

Fineeeeeeee. Mummy nak sentap sampai tahun depan. Mentang-mentang la cuma kek pisang. Heh!.


0 busy bees:

Post a Comment