Blogger templates

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Assalamualaikum.

Last week, Mak dan my sister yang masih belajar dekat UKM tu ada program di PPAS. Since hubs tak kerja so we oll pun mengofferkan diri untuk hantar ke sana. 

Keluar dari Putrajaya jam 7.30am. Sampai sejam kemudian, makan masa sebab sesat dan berhenti tanya jalan kat orang heh. Shah Alam je kot.



Program depa pukul 9am. So lepas hantar kami lepas dekat cafe -- breakfast. Menu nasi lemak ayam goreng berempah, bihun goreng dengan begedil, milo ais dan milo panas -- total up RM8. Murah sangat. 

Deeja tengok dari tepi sambil meleleh-leleh ailio. Sabar ye nak, few weeks lagi before kamu boleh makan. :)


Waktu operasi PPAS pada hari Ahad dari jam 9.30am. So right after breakfast ada few minutes lagi sebelum pintu buka. Kakak dah pandai selfie siap pinjam kamera mummy. Posing-posing sat kat luar before masuk dalam.


Dari pintu utama, masuk kanan untuk library for kids. Zon Kreatif namanya. Colour vibrant. Memang budak-budak suka.

Ops. Kasut kena tanggal dan masuk dalam bag yang disediakan dalam bakul putih seperti dalam gambar ittew. The rest, sila tengok gambar sajalah ya :)







Last but not least, gambar adik beradik ni. Kemain excited belek buku (belek je tak baca pun haha) sebelum lepas tu kena kerah balik sebab ayah diorang kena pi outstation secara tiba-tiba haha. Kesian korang.


Occay. Pada yang nak datang PPAS, ni address-nya. 

Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. GPS -- Latitude : 3.088653, Longitude : 101.527333

0 busy bees:

Post a Comment