Blogger templates

Suntikan Pencegah Kehamilan

Assalamualaikum.



Aku in Depo Provera since Khadeejah 2 bulan. Means dah dua kali cucuk, next month will be my third time. Kali ini semacam memang kena cegah betul-betul {mcam lah sebelum ni cegah main-kain kan? ] sebab bersalin caesarean. At least dua tahun, lebih pun boleh heh. 

Masa nurse tanya aku nak ambil yang mana -- garu kepala je lah sebab memang tak fikir lagi. Dia tanya makan ubat ada problem tak, well *mata ke atas* memang susah sikit nak berdisiplin bab makan ubat. So, tolak tepi pil perancang. Implan -- penakut kena toreh so skip juga. Option yang ada tinggal injection Depo sahaja.

Redho je lah.

Cucuk first, kesan tak rasa sangat. Masa second shot tiga bulan lepas itu, memang ada rasa tak best sikit. Macam ada period yang berpanjangan [bukan period actually, more to stain] yang menyusahkan sebab Subuh boleh solat karang nanti Zohor tak boleh, lepas tu Asar boleh pulak, ha macam itulah contohnya.

Lepas tu, selalu ting tong, sikit-sikit sakit kepala, penat melampau jangan dikata lah. Asal balik kerja rasa nak baring je tapi tak boleh sebab anak dah dua kehkeh. Bila penat tak dpt rehat anak bising sikit dah mula rasa nak jerkah tsk.

Gugur rambut memang masalah besar. Yang paling risau bila nurse kata every month kena buat breast checkup sendiri, sebab suntik ni ada risiko breast cancer. Dang!!!.

Lepas baca blog Dr. Zubaidi, barulah tahu itu mungkin tanda-tanda badan tak sesuai dengan suntikan depo. Baca sini : Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan

Lagi buat rasa nak stop bila Dr. tulis macam ni : 




Beberapa hari lagi untuk buat keputusan. Nak cucuk ke tidak. Nak cucuk ke tidak.


0 busy bees:

Post a Comment