Blogger templates

Persediaan Solid Food Khadeejah.

Assalamualaikum.

Heh, baru semalam masuk enam bulan emaknya dah eksaited nak cerita pasal solid food.

Masa kakak dulu, ke-eksaited-an daku terpadam sebab dua hari bekalkan plain porridge ditolak mentah-mentah olek kakak. Maka dengan niat nak memudahkan babysitter aku sebulat suara bersetuju bagi Cerelac sahaja. Sudahnya memang sehingga sekarang kakak adalah seorang picky eater.

Konon tak mahu pisang berbuah dua kali, this time belum pun Khadeejah masuk enam bulan aku dah start study tentang baby's first food. Banyak juga mintak tips dari rakan-rakan blog *well i kan blogger kehkeh* how to handle solid, how to prepare, bla bla bla sampai boring diorang nak jawab kihkoh.

Thanks kawan.

Bagi melunaskan impian ku untuk memberikan homemade food sahaja untuk Khadeejah, maka persiapan ini telah tersedia sejak Khadeejah berusia lima bulan. 

Slow Cooker : Lazada RM59
Untuk memasak bubur/men-stim buah untuk puree
Sangat sesuai bergandingan dengan orang pemalas macam aku kahkah
Malam campak seme dalam ni, esok pagi tengok dh jadi bubur. I suke.


Shake & Take : Lazada RM38
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Alang-alang beli untuk bapaknye, kita add extra untuk anaknya kehkeh
Kegunaan : Untuk blend puree/porridge 


Ice Cube Tray : Giant
Untuk simpan puree dalam fridge.
If nak guna baru defrost makan begitu bahaja atau campur dengan porridge


Thermos : Special price RM60
Ini namanya gedik haha. Eh bukan gedik tapi nak memudahkan babysitter.
Ada 3 separate container so boleh sesiap asingkan untuk 3 kali meal.
Tahan 6-7 jam 

OK. Benda dah ada so jangan lah impian terhenti di tengah jalan. Boleh menangis tak berlagu apak-mu nak hahaha.

4 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

ammi yg selok <---tajuk yg sesuaiii

Nor Hany Hanapi said... Reply To This Comment

hahahhaa setuju...
ammi yang gedik

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano Bluwerkkkk

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Nor Hany Hanapi erghhh besan ni x membantu langsung kehkeh

Post a Comment