Blogger templates

Selamat Enam Bulan, Adik.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



 Well. Menjadi baby berusia enam bulan -- mungkin makin seronok bagi baby tersebut. Dia dah expert meniarap, tolak-tolak punggung, tolak-tolak kaki dan sekarang dalam proses nak merangkak tapi secara reverse haha.

Beliau juga masih lagi menjejes-jejes air liurnya. Mummy beliau dah cuba recall apa makanan yang tak dapat di makan sepanjang masa mengandung, malangnya tetap juga begitu.

Maka redho je lah. Comel apa hahah.


Beliau adalah seorang baby yang mudah, easy baby kata orang putih. Kalau pagi-pagi kalut nak siapkan kakak, diri sendiri dan suami ke tempat kerja, beliau relax sahaja silang kaki pandang siling rumah. Kalau tidak pun, tengok kipas berpusing perlahan -- sambil gelak gelak. Semua orang pun tak faham apa yang kelakar.

Masih lagi seorang baby yang menyusu susu mummy-nya dan menyusu susu lembu di kala berada di rumah babysitter. Well, mummy beliau sangat tolerate bab susu ni kerana menurut beliau, minum susu lembu tidaklah menjadikan anaknya seorang anak lembu. Ehem, you got it?. 




Selamat Ulangbulan ke-6 adik. Semoga adik sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Mummy ayah kakak sayang adik, dan semoga semua orang disekeliling adik pun begitu, insha Allah.

Esok cucuk, ok?. Thehehe.

0 busy bees:

Post a Comment