Blogger templates

Alia Kaiyisah 5th Birthday.

Alhamdulillah.

Planned two weeks before, sempat juga akhirnya merealisasikan makan-makan kecil untuk puteri sulung. Eh, puteri sangat kan? HAHA. Dress dah comel, sekali tengok rambut mengerbang dengan mandi peluh, alahai.

Budget tak besar so menu semua pun biasa-biasa saja lah. Niat nak panggil kawan-kawan datang rumah makan, mana tau dengan kedatangan korang bertambah-tambah lagi rezeki kami sekeluarga insya Allah.


Banner ni tempah online dari seller di Putrajaya. Harga dia kasi RM1.20/sq ft. Saiz 3ft x 1.5ft cuma berharga RM9. Terus aku order dua keping. Lepas tu tak tahu dah nak buat apa hiks. 

Dasar orang tamak selalu rugi, kan?. HAHA

Berminat email printingcyber1@gmail.com / 017-6785516


Cerita kek. Terima kasih banyak sangat dekat Mar, mak anak tiga (takut ada yang confuse HAHA) sebab tolong order kek ni. Dah ramai bagi feedback sedap so try lah order walaupun jauh sikit lokasinya. Masa hubs pickup pun orang kedai tu siap tanya, kat Putrajaya tak ada org jual kek mcm ni ke?. KEHKEH.

Frozen theme. Rainbow cake dengan fresh cream frosting. RM63. Kedai Kek Segar, lokasi somewhere in Kajang/Bangi. Boleh tanya dengan Doktor Google.


Tengoklah. Princess dengan rambut serebeh dan berpeluh-peluh. Sakit je hati mak tengok dia gitu HAHA. Tapi tak apalah dah dia happy main dengan kawan-kawan. 

Deeja maintain comel, dengan bibir kemam. Oh mummy loike!.

Masa ni kawan-kawan sing along lagu Happy Birthday, lepas tu potong cake dengan mummy dan anak angkat mummy, Emeer kehkoh. Faqihah muka sakit hati sebab tasempat agaknya dia nk pegang pisau tu skali, marahlah kan deme BFF ^_^



Oh. Birthday girl dah ada BFF baru nampaknya. Mana idoknye, aku masih belum pakai baju cantik udah sampei biras sorang lg kehkeh. Sampai je Juelee, si Rayyan dan Alia dok main lego sampai sudah. 

Tu yang terus jadik BFF gamaknya.


Kesayangan-kesayangan yang sudi mencemar duli ke teratak kecil kami hiks. Harap semua selesa dan kenyang ye. Walaupun hakikatnya berlanggar punggong itu satu kemestian, dan bila dah bangun jarang sangat dapat duduk kat tempat sama kahkah.

Ate, rumah kecik kan. :P

Terima kasih untuk semua hadiah yang Alia dapat. Dah tak tahu dari siapa, sebab bila kemas rumah, hadiah semua dah tak berbaju HAHA. Bebudak semua pun eksaited nak buka hadiah. Layankan saja.

Thanks korang. Sayang semua.

2 busy bees:

Ana Lyana said... Reply To This Comment

tq an for laksa johor yang supersedap tu.. aku nk tambah tpi keadaan xmengizinkan... anak2 bercelaru.... happy belated bufday alia...

antalya said... Reply To This Comment

kira luas jugak umah ko ni ann tp disebabkan kengkawan ramai sgt kan maka berlaga bontotla mereka

Post a Comment