Blogger templates

Entering her 11th month.

Alhamdulillah.

Budak yang sewaktu ketika dahulu lahirnya sebagai seorang prematured, dengan congenital pneuomonia, dan prolonged jaundice -- tidak lama lagi bakal memasuki bulan ke sebelas.

Syukur Allah. Terima kasih atas nikmat ini. Semoga Ayra Khadeejah sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Memang betullah. Anak pertama dulu kemain lagi eksaited bercerita perihal anak, milestone anak, blablabla almost every day heh. Anak kedua *ehem* boleh kira berapa banyak entry dia. Kasihan adik. Tapi bukan bermakna mummy tak sayang adik ya :)




Sebagaimana anda semua lihat foto di atas, nampak cheeky dan notty, begitulah keadaan sebenar dia. Sehari tak nampak aksi bukan-bukan, memang bukan Ayra Khadeejah lah namanya. Bangun pagi, usik kakak dulu. agah-agah dua tiga kali, kakak tak respon -- kejap lagi sampailah tangan dia dekat muka kakak. Pegang-pegang, sayang-sayang. Lepastu dia sepuk-sepuk muka kakak.

Kakak bangun, nangis. Haih.




So far sehingga kini masih di jaga babysitter sebaya umur adik mummy. Alhamdulillah mummy puas hati. Sikit-sikit hal tu biasalah, kita jaga sendiri pun tak perfect mana. Maka yang boleh dibuat tak nampak, kita buat-buat tak nampaklah.

Masih lagi breastfeeding baby yang comel. Balik kerja belum sempat buat apa dh mengendeng tarik-tarik, selak-selak baju. Walaupun bukan fully breastfeed baby, kita rasa bersyujur sangat masih diberi peluang itu, dan yang penting Ayra Khadeejah tak menolak. 



Masih lagi seorang bayi yang alah kepada kebanyakan makanan berunsurkan protein. Maka dia adalah seorang vegetarian for now haha. Walaupun mummy dah makin boring dengan menu adik, harapan mummy semoga adik tak boring makan makanan adik ya. Dah try my best effort untuk pelbagaikan menu walaupun balik-balik sayurm buah, sayur, buah. Dan sayur, dan buah lagi. Heh.

Minum formula milk pun tak boleh too much. Nanti naik eczema/rashes. Susu mummy penyelamat, dengan syarat mummy tak makan seafood (big no) atau ayam(too much). Takpelah mummy kurus asalkan adik gemuk. Wahh ayat mcm poyo disitu hahaha.


Oleh kerana eczema itulah, cucuk setahun nanti kena day care dekat Hospital Putrajaya. Doktor nak pantau if any allergy/effect happens. Date cucuk 7 April harap dipermudahkan segala urusan. 

Mohon doa kalian sekali insya Allah.


Kawan baik dunia akhirat, insya Allah



2 busy bees:

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

insyaAllah..semoga everyting goes well masa cucuk setahun nanti.
harap2 kalau xde any adverse effect, boleh lah deeja makan ayam..

antalya said... Reply To This Comment

happy birthday in advanced cheecky girl

Post a Comment