Blogger templates

Art & Crafts

Macam familiar je tajuk ni kan.

Confirm familiar punya. Ini suppose menjadi tajuk contest Friso week 2 tapi tiba-tiba bertukar. Sabar ja lah. The night before puas mengerah tenaga extra mengajak kakak mewarna, melukis semata-mata nak dapatkan gambar mengikut tema.

Sampai masa, tajuk bertukar.


Kesian makcik ni. Puas posing sengat sana, senyum sini semata-mata nak puaskan hati mak dia.

Well, hasil kerja Alia not bad. Dulu cukup risau sebab pegang pencil color pun tak betul. Now Alhamdulillah makin ok. Kalau masuk kelas art haritu mungkin hasilnya superb.


First time mummy layan dia mewarna guna water color. Not bad. Takdelah bersepah macam masa mummy dia main water color dulu-dulu. 

Pakai brand Japan yang di produce khas untuk Daiso kehkeh. Murah saja RM5, brush included. Actually first time kami masuk Daiso itupun sebab dah ada dekat IOI City Mall. Selalunya ke Mr. DIY di Bangi cuma kat sana tak banyak barang untuk budak-budak.


Hasil yang paling mummy kagum. Yang melukis tu actually makcik dia. Kakak tinggal mewarna ja tapi itu pun dah cukup cantik dimata mummy. Aih, kalau lah Friso contest tu still ada tema Art & Craft mummy confirm gambar ni boleh menang Top 3. 

Kehkeh. Takpe, berangan kan free.

Lepas ni boleh terjah lagi Daiso, beli barang untuk aktiviti deme berdua. Adik pun dah sibuk nak mengacau masa kakak mewarna. Next time maybe boleh ajak adik join sekali.

1 busy bees:

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

aku pun frust tema bertukar..beriya lah kembur hardisk carik gmbr
lawa2 wh gmbr art & craft alya..kalau submit memang bleh dpt top 3 ni

Post a Comment