Blogger templates

Cerita basi sungguh. JJCM Melaka 2014.


Cerita setahun yang lepas. Pengantin dalam gambar tu pun dah mengandung, tengah tunggu hari nak bersalin kahkah. Punya lama kepam entry dalam draft.

Majlis bertandang adik perempuan kite, bertemu jodohnya dengan orang Johor juge. To be exact, orang Muor (sila baca dengan slang yang betul haha).




Seeeeee. Bukti betapa lama entry ini dikepam?. Blerghhhh.

Lepas majlis bertandang di Muar, family yang lain semua gerak balik ke JB. Kami ke destinasi seterusnya iaitu Melaka. 

Misi ke Melaka adalah untuk memenuhi anak tekak mak buyung yang teringin nak makan asam pedas. Alhamdulillah semuanya tercapai. Nasib baiklah kan sebab 2-3 minggu lepas tu terus beranak. :P



Kenangan yg ada. Hubs belanja jalan pusing naik beca. Alhamdulillah sebab mak buyung memang dah talarat nak menapak. Kakak Alia pun eksaited nak benda bergerak cenggini. 

Entry ni saja je nak tunjuk gambar baby bump. Eceh. 

Yg dalam bump tu dah nk masuk setahun dah pun kehkohkeh.

0 busy bees:

Post a Comment