Blogger templates

Resipi Cheesecake Mudah. Sapsapsoi Katanya.

Assalamualaikum.

Hari ni nak share resipi lah. Actually terhasil kek ni gara-gara nak menghabiskan cream cheese yang berbaki sekilo setengah sebelum 20hb Mac HAHA.

At first skodeng resipi dalam website Philadelphia. Sekali tu, rasa macam susah akhirnya kembali merujuk kepada buku resipi asal.




Based saya gunakan digestive biscuits. Sebungkus setengah hancurkan dan gaul bersama mentega yang telah dicairkan.

Masuk loyang dan padatkan. Masuk fridge.

Whisk 1/2 kilo cream cheese (room temperature), 375gm susu pekat manis, 3 biji telur dan sour cream/lemon paste/sunquick. Pukul sehingga sebati.

Keluarkan based tadi dan tuangkan batter ke dalam loyang.

Bakar suhu 150 C selama 1 jam. Sejukkan.


Home made strawberry compote.
1 bungkus strawberry. Cuci bersih. Masuk dalam periuk bersama 1/2 cawan air. Gula ikut suka. Masak sampai pekat.

(Kalau malas nak tunggu pekat, sila campur 1 sudu kecil bancuhan tepung jagung. Kehkeh ni resipi bila saya malas sahaja occay ngehngeh)

Done. Kan dah kata sapsapsoi je. So lepas ni boleh try buat dan tepek hasil dalam facebook. Jangan lupa tag kite okay!.


0 busy bees:

Post a Comment