Blogger templates

Sakit Itu Kafarah Dosa.


Bertanya Rasulullah kpd seorang Badwi: 
"pernah rasa panas bawah kulit (demam)?". 
Badwi tu jwb: "tak". 
Rasulullah tanya lagi: "pernah rasa sakit kepala?". 
Badwi tu jawab: "tak" dan berlalu. 
Bersabda Rasulullah kpd sahabat: "itulah ciri2 ahli neraka".
Sesungguhnya sakit, musibah, ujian itu adalah kafarah dosa. di kala ditimpa sakit, musibah dan ujian... ucapkanlah Alhamdulillah dan Innalillahiwainnailaihirojiun dan Allah akan membina sebuah rumah untuknya di syurga.

Credit : Blog InaAchik

Allahu.

Masuk minggu ketiga. Tidur malam tak tentu. Makan tak terjaga. Tiba-tiba teringat pernah baca dalam satu blog berbunyi begini ;

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat.

Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANnya.
Malaikat Kedua akan mengambil REZEKInya
Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHnya (pucat)
Malaikat Keempat akan mengambil DOSAnya

Apabila sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Kedua dan Ketiga untuk memberi balik apa yang telah diambil mereka. Akan tetapi, Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memulangkan kembali dosa hambaNya. Subhanallah.



Saya selalu cuba untuk berfikir secara positif atas musibah yang diberi. Cuba untuk digest secara berhemah semua nasihat dan kata-kata orang terdekat. 

Alhamdulillah Allah telah beri semula nikmat sihat kepada anak-anak. Tinggal saki baki batuk selesema sikit. Tinggal mak depa je lah yang tak berapa nak elok lagi. Tak apalah. Berapa banyak dah dosa, Allah bagi demam sikit je pun dah nak mengeluh :(

Doakan saya sabar dalam menjalani kafarah dosa ini. Alhamdulillah.

3 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

gws ann

♥z@z@♥ said... Reply To This Comment

sama la nga aku..teruk diuji awal mac nie..kafarah dosa la jgk tue..a remind from HIM..

Maimun Razali said... Reply To This Comment

thanks for sharing ann....

Post a Comment