Blogger templates

Hadiah Ulangtahun Pertama.

Alhamdulillah.

Allah uji sebab Dia sayang.


Sehari sebelum ulangtahun pertama, Khadeejah demam. Seperti biasa, bagi makan PCM setiap 6 jam. First 3 days, demam kebah bila bagi ubat. Masuk hari ke empat, ubat dah tak berapa memberi kesan. Nak surut panas takes about 2 hours, lepas tu sejam okay then panas balik. Sobs!.

Jalan terakhir masuk ubat punggung lah sebab spike dekat 40 C.

Sponging dengan air biasa, lidah buaya, air asam jawa, mandian herba yang boss hubs jual, sekejap sangat kesannya. Bila peluk Khadeejah, Allahu rasa berbahang mcm terbakar. Kesian anak mummy tsk.


Jumaat pagi kami ke ETD Putrajaya. Masuk supp pcm kemudian doc kasi drip air. 45 minit mummy tunggu Khadeejah dekat luar, end up ambil semula anak dengan airmata penuh tersedu-sedu, kesan cucuk jarum di lengan, tapak kaki, kedua-dua tangan dan pergelangan kaki.

Allahu Akbar.

Bila tengok, tak ada pula wayar drip atau line yang berjaya di pasang. Sedihnya Allah je yang tau.


Dengan temperature masih 38 C kami disuruh pulang. Baiklah. Menurut perintah. Benda free, mana boleh request lebih-lebih. 

Membawa hati ke peadiatrics clinic, Hospital An Nur. Tak dapat jumpa Dr. Khairul since dia tak on call. Lepas check, doc suggest for admission. Masa ambil darah, nurse-nurse yang ada semuanya sayu tengok kesan cucuk di tangan dan kaki Khadeejah.

Saya as mummy dia, tak terbendung rasa. Hujan airmata dah.

Cucuk nak ambil darah sekejap, cuma nak tunggu darah dia keluar tu takes time. Doktor kata darah dia pekat, mungkin sebab dia tak makan dan minum -- and proses drip air sebelum ni tak berjaya. Pity Khadeejah.


Alhamdulillah. Dr. Asmiati was great. Mak-mak muda macam kita. Sangat faham perasaan mummy. Sangat concern. Walaupun Khadeejah yang admitted, the night after kakak pulak demam. Doc check and prescribed ubat for kakak sebab katanya if batuk berterusan mcm ni, ada possibility kakak akan kena asma.

Alhamdulillah now batuk getting better. Phlegm pun dah berkurang. 

Dan adik, after beberapa dos pcm, voren, antibiotik dan 2 botol drip -- alhamdulillah getting better. Dah mula nak makan dan minum. Hasil drip tersebut merasalah Khadeejah jadi tembam sekejap. Tembam kembang semangkuk macam gambar bawah ni.


Alhamdulillah. 

Mohon doa kalian untuk kesihatan kedua-dua puteri saya.

0 busy bees:

Post a Comment