Blogger templates

Lawatan ke klinik gigi.

Suatu malam. Di dalam bilik air.

Mandikan kakak seperti biasa, cuci gigi. Dia gosok asal boleh so saya minta brush dan suruh dia buka mulut luas-luas.

Wah, banyak coklat tersekat di celah-celah gigi.

Brush kuat lagi. Naik bau ubat gigi perasa strawberry. Wangi. Haha. Then minta kakak kumur dan check semula gigi.

Aiyo. Ada satu gigi still tak lekang warna coklat. Brush lagi.

Tetap mcm itu. Sekali selak-selak rupanya berlubang.

Danggggggg!.

Saya cukup takut gigi berlubang, atau gigi sakit, atau rosak dan sebagainya. Sebab takut jumpa doktor gigi. Cukuplah selama ini dimomok-momokkan dengan cerita doktor gigi garang, dengan imaginasi peralatan-peralatan yang tajam, bunyi mesin gerudi yang agak scary. Euwww.


Terpaksa juga ke dentist akhirnya.

Alhamdulillah doktor kata bagus datang awal sebab masih belum ada rasa sakit. Gigi masih boleh diselamatkan. Masa ambil gambar doktor sempat pesan, jangan nampak muka dia sebab takut saya masuk dalam facebook dan orang kenal dia hahah. 

Doktor tak pakai mesin gerudi pun. Korek-korek sikit lepas tu tampal.

Alhamdulillah kakak behave well.

Lepas ni boleh jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai rutin insya Allah.

0 busy bees:

Post a Comment