Blogger templates

Perkembangan Alia Kaiyisah : 4 Bulan Di Vonad

Alhamdulillah.

Masuk bulan ke-5 bulan depan. Selepas onak dan duri ku lalui haha, bertahan sehingga kini. Buat perangai pagi-pagi before ke sekolah itchu adalah perkara biasa. Timing sekolah adalah from 8 am to 12.30 pm. Wakti biasa saya pick up adalah jam 1.30 pm.

Ada orang pernah bertanya, kenapa saya nak bersusah payah keluar tengahari ambil anak balik dari sekolah while ada option untuk stay sampai petang. I don't really have an answer. Mula-mula dulu niatnya sebab next year Kaiyisah dah Std 1, nak tak nak still kena keluar tengahari pick up dia. So ni as latihan kononnya haha. 

Pernah sebulan saya try letak dia full day. Tapi tak sampai dua minggu dia complaint boring. Petang tak ada buat apa-apa, asyik main (kadang-kadang ada juga revision), so dia tak nak. Paling teruk menjadi drama airmata sambil request tak nak pergi sekolah.

Omo. Terus esoknya saya kabo ke teacer bulan akan datang untuk half day saja heh.


Perkembangan sebagai seorang budak 5 tahun, yang berada di dalam kelas 6 tahun -- agak sedikit lambat compared to others. Yelah, usia pun muda setahun. Tak menjadi masalah besar bagi saya. Selagi ada peningkatan walaupun sedikit, i is sokay.

Dalam masa 4 bulan, Bacalah Anakku Buku 3 dan Read Easy Buku 2 adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Selain daripada dua buku di atas, ada tiga buku lagi yang masih belum berganjak nombornya. It's okay. Semua benda takes time. Dulu mummy belajar Bahasa Arab pun masa sekolah agama nak, haha. Alhamdulillah lekat dalam kepala sehingga kini. Of course tak semua, cuma kalau Kaiyisah tanya sikit-sikit tu insya Allah boleh jawab. :P


Selain itu, bab solat, surah-surah pendek dan doa turut ada peningkatan. Sempat solat Zohor saja di sekolah. Selalunya Asar ke laut. Sambung balik masa Maghrib, bersama-sama si adik.

Ya. Adik pun dah rajin tengok orang solat. Paling dia suka bila kita baca surah kuat-kuat.


Dan, mummy masih lagi bekalkan breakfast setiap pagi walaupun cuma sekeping roti. Terlebih rajin sikit dapatlah nasi goreng, bihun goreng atau mac n cheese. Air masak sebotol dan supplement Qaseh Junior.

Tentang Qaseh Junior kita borak di lain entry occay?.


0 busy bees:

Post a Comment