Blogger templates

Temasya Sukan Vonad 2015

Alhamdulillah.

Selesai sudah temasya sukan Vonad 2015. Ceh, statement macam saya pulak cikgu tadika. Actually, letih setiap hari nak jawab soalan, bila sukan, apa nak bawa, nk pakai baju apa vla vla vla.


Seminggu sebelum itu, cikgu edarkan borang penyertaan. Parents allowed untuk sumbang apa sahaja so i decided untuk buat goodie bag.

Isi dengan roti dan air kotak. Oh roti tu dah naik harga tsk.

Hari Sabtu, 7.30 pagi dah kena ada di padang. Temasya sukan di padang Kompleks Kejiranan Presint 16. Sesat sikit masa nak mencari heh. Nama je duduk Putrajaya.


Alia Kaiyisah dan rumah merah. Cantik baju sukan dia, macam dress kembang feeling princess gituw.

Actually pagi tu tak sempat breakfast. Konon lepas pendaftaran nak lari sekejap pergi makan. Tapi cikgu inform ada makanan so lepas semua siap disusun kita serbu khemah makanan. Macam-macam ada -- roti, kek, biskut, nasi lemak, bihun goreng. Eh cheese tart pun ada lepas lah kempunan mummy dia haha.


Temasya sukan Vonad ni disertai oleh beberapa cawangan lain seperti Presint 9, Presint 15, Presint 18 dan cawangan Bangi. Nampak effort cikgu-cikgu nak bagi budak happy. After speech pendek dari pengasas tadika, depa start acara untuk kanak-kanak 4 tahun. Dua acara bagi setiap kategori. Itupun berlengas mak nak tunggu sampai acara untuk 6 tahun.

Ayra Khadeejah alhamdulillah baik saja pagi tu. Dapat makan macam-macam (haihh), bila dah kenyang suka hati lah. Lepas tu lepak feeling picnic tepi pantai.


Kakak masuk dua acara mewakili rumah merah. 

Untuk acara pertama tak dan ambil gambar. Terpaksa pegang bag dan carry Khadeejah thanks to Tula Prepster yang banyak membantu heh. Tiba-tiba dapat sms dari boss hubster ajak pergi office. Annoying sangat. Tapi apekandaya saya yang menurut perintah.

Tapi annoyed tak lama sebab setengah jam lepas tu nampak kelibat hubster kabo tak jadi pg kerja. Pheww.


Dengan bestfreng.

Mula-mula sampai memang cantiklah bertudung. Baju pun licin kesan iron nampak lagi.


Dah lama, tudung pun terbang. Baju dah comot kena coklat lah, air kotak lah. Kasut pun dah hitam kena rumput dan becak. Hujan sekejap sebelum start sukaneka.


Quite happening juga temasya sukan deme ni. Ada Awang The Clown, dan paling best lori aiskrim. Malangnya tak dapat nak rasa ice cream sebab bila acara kakak dah habis, the moment kita tuju ke lori depa say sorry -- ice cream habis sobs.

Balik tu confirm lah kena pow ice cream kat Petronas. Haha.


Kemahen hari-hari balik sekolah kabo berlatih sukan. Ini namanya Kaki Turtle haha. Acara Lari dalam guni tak sempat captured gambar tapi memang boleh nampak kegigihan beliau melompat lompat untuk menang.

Sebbaik menang haha.


Itu dia.

First medal acara lari dalam guni tempat pertama. Second medal tempat kedua acara Kaki Turtle. Jadiklah nak, mak bangga dengan kamu. Semangat kesukanan yang tinggi. Gitchu.

Ada juga acara sukan untuk mak bapak. Tarik tali. Ok sedih bunyinya. Nak masuk tapi sedar diri takut kang orang kena hantar p hospital sebab engsel lengan longgar kahkah. So kita register untuk hubs. Knowing him yang selalu luck dalam acara tersebut hiks.


Group A. Melihat keperkasaan mereka dah tentu yu olls boleh teka group mana yang menang kan?. Haha.

Acara tamat lebih kurang jam 12.30 tengahari tapi kami pulang awal sebab hari dah makin panas. Lepas Alia Kaiyisah terima hadiah, makan-makan sikit terus balik.

Sampai rumah, mandikan budak-budak, bagi makan terus dua-dua off to lala land sampai 6 petang. Penat sangat lettuw.

3 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

elehhh, nak puji laki dia sasa lew tuwwwww....
-______-

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano eh jangan salah faham. yang belakang skali tu lagi sasa chu oll takut mak

antalya said... Reply To This Comment

gaya senyum si kakak ngan ayahnya sbijik sama

Post a Comment