Blogger templates

Tentang GST

Masuk hari ke 29 selepas GST di-implement. Apa korang rasa?

Thehe.

Saya dah sediakan siap-siap mangkuk GST dekat rumah. Setiap apa yang kami belanjakan, mesti dapatkan resit dan masuk dalam mangkuk tersebut. Nak check sejauh mana yang berkata-kata bahawa GST takkan beri impak besar dalam kehidupan kita. 

Setakat hari ini, jumlah bayaran GST untuk kami sekeluarga rasa-rasanya dah boleh cover untuk makan malam sekeluarga.

Ah. Sedapnya tom yam dan mango salad.


Beberapa minggu lepas belikan tiket untuk bil datang KL. Cari tiket semurah yang boleh. Dah jumpa, bayar pakai online banking. Knowing AA yang tidak pernah beri pilihan pada customer, maka pejam mata bayar extra RM4 sebagai fees kerana membayar gunakan online banking. Heh.

Bila dapat itinerary, belek sikit rupanya ada juga charge GST. Ya memang sepatutnya adalah sebab deme company besar. Cuma bila belek belek lagi, ada pula charge lain. Ada good & service tax, then ada pulak charge GST. Headache saya dibuatnya.

Walaupun headache, tetaplah dibayar juga sobs.


Sedih rasanya. Kita yang bekerja nak beli bahan makanan, susu dan pampers anak-anak pun berkira-kira selepas GST ni. Bila jumpa yang murah memang laju-laju beli banyak untuk buat stock. Kita sendiri bercatu makan tak kisah janji keperluan anak-anak mencukupi.

Bukan nak kata saya dan husband berkira bab makan pakai kami. Tapi kalau boleh dahulukan yang penting, kita dahulukan. Anak anak bukan faham kalau kita kabo "mummy tak beli susu sebab tak cukup duit". Yang depa tahu susu ada bila depa nak minum. Gituw.


Membayangkan apa rasanya jadi org yang tak mampu. Ada sepuluh ringgit tapi kena bayar sepuluh ringgit enam puluh sen. Bagi korang mungkin takde hal la enam puluh sen tu. 

Tapi bayangkan sajalah nak pergi cafe, beli teh ais tak cukup enam puluh sen, korang beli juga ke sambil kata "saya tak cukup duit, nanti saya dtg balik bayar" atau korang just berlalu pergi tanpa teh ais?.

So sad lah.

Ergh. Macam emosi terlebih pulak. Tak apalah. Esok tinggal sehari dalam bulan April. Lepas itu, kita share jumlah bayaran GST untuk sebulan di FB, occay?. Siapa tak nak sudah, tak payah nak menyalak sangat. Korang yang cakap bersyukur-bersyukur tapi hujung-hujung bising harga sana sini naik. Phui!.


3 busy bees:

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

Baca entri ni bagi aku idea nak sediakan kotak ke mangkuk untuk resit. Sebab kalau aku makin belek resit makin sakit hati pulak. Walaupun amount GST tak kecik dikenakan setiap resit tapi aku rasa dalam dah hampir sebulam ni amount GST aku dah boleh isi minyak kereta Viva aku tu dapatlah 3,4 takuk line minyak kot. Takpun cover beli top up aku sebulan. Gitulah lebih kurang. Belum kira GST yang aku dengan adik beli barang untuk niaga. Lagilah sakitnya tuh di sini. Gittewwwww

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@NURUL JAMIAN ya sila buat. dah tahu nanti bukan "sakitnya tu disini" saja malah akan jadi "sakitnya tu dimana-mana" hahaha

Dewi Aja said... Reply To This Comment

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment