Blogger templates

Aktiviti Hari Minggu : Pop Stick Art

Assalamualaikum.

Ini adalah aktiviti masa cuti panjang minggu lepas. Malam khamis, mak abah dan adik bongsu saya sampai dari Johor. Meriah sekejaplah rumah yang selalunya sunyi. Kalau bising pun sokmo bunyi tangisan kakak atau adik.

Jumaat cuti labor day. Sempat ke Mr. Diy untuk top up barang art and craft kakak.

Menjadi seorang yang bernama Alia Kaiyisah, mana pernah reti bersabar. Balik tu jugak dia nak buat art. Geram sangat. Marah juga tapi jenis telinga tebal. Tak boleh buat apa. Hahaha.


Ok. Minggu ini kita buat Pop Stick Art ya anak-anak.

Make sure beli dekat Mr. Diy kalau nak murah. Macam ni punya besar, harga RM3.30 sahaja. 


Sejak-sejak mula berjinak dengan art and craft ni, saya dah izinkan Alia pegang gunting. Sebelum ni memang saya tak pernah bagi dia guna gunting. Nak menggunting apa-apa hatta benang tercabut dekat baju pun saya yang guntingkan. Bahaya. Takut tercucuk, atau terluka. Guntingkan tajam. Memang macam psycho sikit mak budak ni.

Beli gunting baru berharga RM1.90. Warna pink. Pilihan dia sendiri.

Gegirl sangat anak mummy.


Seperti biasa, saya tidak dibenarkan untuk menyibuk. Tapi sibuk jugaklah sikit-sikit sebab ada benda yang dia tak tahu mana nak mulakan. Seronok lah buat benda-benda macam ni. Kalau buat ni saja tak perlu masak cuci kain kemas rumah pun saya sanggup. 

Kahkah. Nampak sangat pemalas.

Ayra Khadeejah masa ni ada, duk mengacau sekejap-sekejap. Sejak dah laju berjalan dan berlari sikit-sikit ni, dia asyik nak tawaf satu rumah. Mungkin juga sebab dia dah biasa nampak Alia buat art, so dah tak teringin nak menyibuk. Agaknyalah.


Ya itulah hasilnya. Burung merpati panjang kakinya.

Puas hati Alia dapat buat tanpa gangguan adik. Lepas dah banyak kali buat art, Alia dah tahu nak kemas dan simpan barang-barang art dia. Burung ni tersimpan molek dalam kotak dekat play room. Saya dah siap print tag "My Creative Box" untuk lekat pada kotak cuma belum sempat nak buat. Gaya macam busy sangat.

Seriously bila starts sibuk dengan aktiviti macam ni, Alia tak menggalak nak ajak keluar rumah, pergi jalan jalan atau ngeteh dekat mamak. Bestlah macam ni sebab mak dia pun bukan rajin sangat nak keluar everyday.

Tapi bila lama tak keluar, rindu pulak dengan mee goreng mamak. Acaner tu?.

2 busy bees:

izzatul azma mohd asri said... Reply To This Comment

Pandainya ! Kasih kecik lagi hari tu aku beli sand art pun Papa nya yang lebih. Pastu yang lagi haru Mama jenuh kena sapu dan vacuum rumah pasal sepah dek pasir walaupun berlapik haha.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@izzatul azma mohd asri aku memang tak beli dah sand art. leceh nak sapu n mop. lepastu cepat boring haha.

kasih ko try lah bg yg lekat2 tu je. best jugak. atau felt craft. dah besar skek nnt baru try yg kena pakai gunting.

Post a Comment